LEPAS cetus kontroversi sehingga mengguris hati rakyat, mereka akan minta maaf.

Itu memang perangai pemimpin DAP yang berulang kali menggunakan modus operandi yang sama.

Seperti isu pelaksanaan penulisan jawi dan khat di sekolah vernakular, Ahli Parlimen DAP Kepong, Lim Lip Eng sudah dijangka akan memohon maaf atas perkongsian petikan sepotong ayat yang menyamakan cadangan pembelajaran seni itu seperti menyapu najis lembu ke muka sendiri.

Dengan mudah, Lip Eng mengaku membuat kesilapan apabila berkongsi pandangan tersebut dengan memuatnaik di media sosial tanpa meletakkan nama penulis sebenar menyebabkan banyak pihak menyangka itu adalah pandangannya.

“Kesilapan saya ialah tidak meletakkan nama penulis tersebut di bawah petikan ayat itu. Saya memohon maaf atas perkongsian petikan ayat tersebut tanpa memetik nama penulis sebenar.

“Saya juga berjanji akan berhati-hati dalam membuat perkongsian status media sosial. Semoga salah faham ini dapat dijernihkan dengan penjelasan ini,” katanya.

Lip Eng menerima kecaman hebat apabila memuat naik status di Facebook miliknya kelmarin yang berbunyi:

“Sedang Menteri Pendidikan di negara-negara jiran merancang memperkenalkan bahasa program komputer kepada pelajar-pelajar muda, jangan kita menyapu tahi lembu di wajah kita dengan memperkenalkan khat. Tolonglah.”

Bagaimanapun selepas lima jam memuat naik status berbaur penghinaan itu, Lip Eng akhirnya menyunting hantaran selepas mendapat kecaman netizen. – 5 Ogos 2019.

1 COMMENT

  1. This Lip Eng is a MP ( MaPu**) thats why he apologise after saying stupid things that does not consence him being stupid n thats why no hair grew on his STUPID head just like Kapala B**oh

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.