LAMAN Facebook troll politik nombor satu negara, Tentera Troll Kebangsaan Malaysia (TTKM) mendedahkan ada cubaan untuk menyekat kebebasan bersuara di bawah payung suci Pakatan Harapan.

Menurut buletin TTKM, akaun rasmi miliknya ‘dibenam’ sebanyak dua dalam tempoh 15 hari.

‘Benam’ merujuk hukuman yang dikenakan oleh Facebook terhadap laman Facebook yang melanggar ‘standard komuniti’ mereka dengan mengurangkan capaian.

Kesannya, hantaran laman Facebook tidak dipamerkan pada garis masa para ‘likers’ dan ‘followers’.

Capaian laman tersebut jatuh mendadak sehingga 98% kesan ‘pembenaman’ tersebut.

Pada 15 Julai lalu, laman Facebook TTKM dibenam buat kali pertama selepas berkongsikan status dari laman Korek Korek berkenaan kes rogol amah yang didakwa dilakukan oleh ADUN DAP.

Facebook mendakwa ‘limit’ yang dikenakan kepada TTKM adalah kerana untuk “menghalang sikap yang orang lain di Facebook rasa ia mengganggu atau salah guna”.

Menurut Facebook, had tersebut biasanya diaktifkan apabila “seseorang menambah rakan terlalu banyak diluar rangkaiannya, menghantar mesej yang berulang-ulang atau membuat hantaran terlalu kerap di group” .

Baru-baru ini, terdapat beberapa laman Facebook termasuk akaun individu mengadu mengalami pengurangan capaian, di mana rata-ratanya adalah kritikal terhadap kerajaan. – 5 Ogos 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.