WANITA UMNO menegaskan bahawa pembelajaran seni khat tidak akan mengubah jati diri dan pegangan agama seseorang.

Ketuanya, Datuk Noraini Ahmad berkata, isu bantahan terhadap tulisan khat dan jawi tidak patut timbil jika pertubuhan Gabungan Jawatankuasa Sekolah Cina (Dong Zong) dan Gabungan Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zong) memahami sejarah perjuangan dan kebudayaan tanah air.

Katanya, dua pertubuhan tersebut yang disokong tindakan bantahan oleh pemimpin-pemimpin akar umbi DAP dan ahli Dewan Undangan Negeri parti itu seharusnya berjiwa besar dengan melihat manfaat anak-anak untuk belajar seni tulisan khat.

“Wanita UMNO yakin pembelajaran seni khat jawi ini tidak akan sesekali mengubah jati diri dan pegangan agama seseorang.

“ Ia yang sekadar seni penulisan dan tidak menyentuh langsung isu atau kepentingan agama tertentu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Noraini turut menyuarakan rasa hairan dengan tindakan pihak terentu menyerang tulisan jawi sedangkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sendiri telah menjelaskan bahawa pengenalan tulisan khat adalah bagi memupuk gaya penulisan yang indah.

Selain itu katanya, KPM juga menegaskan keupayaan pelajar dalam penulisan jawi dan khat tidak dinilai di dalam peperiksaan.

Oleh itu katanya, Noraini berkata, Justeru, semua pihak harus bersikap rasional demi mahu melihat generasi muda hari ini serba boleh dalam kehidupan masyarakat Malaysia berbilang kaum.

“Dalam aspek ini, Wanita UMNO juga menggesa pihak universiti supaya memainkan peranan untuk terus memelihara dan mengajar tulisan jawi di universiti atau mewujudkan pusat pembelajaran tulisan jawi.

“Peranan media, Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) juga penting dalam memastikan tulisan jawi terus terpelihara.

“Ia mesti diwariskan sambung menyambung kepada generasi baharu,” katanya. – 5 Ogos 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.