INSIDEN pergaduhan dua kumpulan India di Kuil Kaliamma, Bestari Jaya, Kuala Selangor semalam mengundang perhatian Datuk Fathul Bari Mat Jahya.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu dalam Twitternya menyoal beberapa pemimpin Pakatan Harapan (PH) tentang insiden yang nyaris meragut nyawa seorang anggota polis.

“Nak tanya YB YB Waytha Moorthy, YB Kulasegaran , YB Lim Kit Siang, YB Lim Guan Eng, macam ini boleh disebut sebagai pengganas atau ekstremis agama?

“Siap bergaduh guna parang bagai,” coretnya.

Fathul dipercayai merujuk kepada kenyataan kontrovesri keempat-empat pemimpin itu terhadap Islam.

Waytha Moorthy sebelum ini terpalit kontroversi susulan video lama yang menunjukkan tindakan beliau memburukkan negara termasuk kononnya Malaysia menghadapi masalah pencabulan hak asasi yang kronik.

Moorthy bercakap di Belanda ketika itu mendakwa kononnya sebanyak 10,000 kuil Hindu di Malaysia dimusnahkan manakala orang India dipaksa memeluk Islam jika mahu mendapat pekerjaan dalam kerajaan dan memperoleh biasiswa.

Kulasegaran pula baru-baru ini mempersoalkan tiada tindakan daripada kerajaan untuk menghalang kemasukan penceramah terkemuka, Zakir Naik ke negara ini.

Menteri Sumber Manusia itu mendakwa Zakir terlibat dalam aktiviti keganasan seperti didakwa kerajaan India.

Kit Siang juga sering mengundang kemarahan orang Islam menerusi catatan kontroversinya.

Terbaharu Kit mempersoalkan adakah tamadun Islam mampu kembali ke zaman kegemilangannya sekiranya agenda kleptoteokrasi yang berpaksikan pembohongan, kepalsuan, ketidakpercayaan, kebencian, curiga dan rasuah masih berterusan.

Kenyataan paling kontroversi dikeluarkan oleh Guan Eng apabila Menteri DAP itu mendakwa kerjasama PAS dan UMNO sebagai berbahaya dan isyarat perang kepada bukan Melayu.

Insiden pergaduhan kuil di Bestari Jaya menyaksikan 28 individu ditahan.

Dalam kejadian jam pukul 9.15 malam itu, seorang anggota polis cedera di bahagian tangan dan menerima enam jahitan selepas diserang ketika cuba mententeramkan keadaan. – 5 Ogos 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.