PERBADANAN Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mencadangkan potongan gaji sehingga 15 peratus dikenakan ke atas peminjam.

Namun jumlah peratus potongan itu bergantung kepada gaji peminjam, lapor FMT.

Menurut cadangan itu, peminjam yang gaji kurang daripada RM2,000 tidak perlu membayar.

Bagi peminjam berpendapatan antara RM2,000 hingga RM4,000, potongan dari 2 peratus hingga 4 peratus akan dibuat ke atas caruman bulanan KWSP terkumpul mereka yang berjumlah sebanyak 23 peratus daripada gaji.

Bagi peminjam yang berpendapatan lebih RM4,000 sebulan, PTPTN mencadangkan ditetapkan potongan maksimum sebanyak 8 peratus.

Manakal bagi yang mendapat gaji RM8,000 sebulan, potongan sehingga 15 peratus akan dibuat.

Cadangan ini dikatakan berdasar maklum balas awam dan dianggap penyelesaian terbaik mengatasi hutang PTPTN sebanyak RM36 bilion.

Pada masa yang sama, peminjam ingkar tidak akan dimasukkan ke dalam senarai hitam untuk keluar negara.

Namun dilaporkan, penguatkuasaan pembayaran balik hutang lebih ketat akan dilaksanakan, termasuk kemungkinan tindakan undang-undang.

Namun cadangan ini tidak selari dengan janji Pakatan Harapan (PH) ketika berkempen sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu.

Sebelum PRU14 pelbagai formula dikemukakan oleh PH termasuk menghapuskan PTPTN.

Sehingga kini, banyak janji pilihan raya lalu masih belum tertunai, malah dalam sesetengah kes menjadi lebih teruk daripada kerajaan sebelumnya. – 5 Ogos 2019.

1 COMMENT

  1. What happened to all the promises given via manifesto of PH.
    Anwar n others committed having said if PH wins the election,PTPTN shall be abolished n all the students will be granted FREE education till university.
    If the govt is serious enough to produce educated society to build the nation,then something must b seriously done.
    Not many are interested in furthering studies anymore ,n for the govt to encourage the students to be retained, the govt must take the necessary steps immediately.
    Dont suppress the new graduates into recession at every corner they turn!
    FULFILL YOUR PROMISES!

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.