INKUES kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim masih lagi belum ada keputusan dan kini anggota polis pula hampir mengalami nasib yang sama.

Kali ini, insiden berlaku di Kuil Arulmigu Sri Rudra Veerama Kaliamman, Kampung Sungai Darah, Bestari Jaya, Selangor.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat insiden rusuhan ini berlaku akibat pertembungan dua kumpulan.

Katanya, punca kekecohan itu disebabkan kedua-dua pihak tidak berpuas hati berkaitan pemasangan khemah.

“Polis yang bertugas ketika itu cuba mententeramkan keadaan dan membuat tangkapan.

“Namun (anggota polis) juga diserang sebelum berjaya mengawal sepenuhnya di tempat kejadian,” kata Fadzil.

Ekoran kejadian tersebut polis menahan 28 suspek dan merampas lima senjata tajam.

Polis kini masih mengesan suspek lain yang telah dikenal pasti.

Dalam kejadian yang sama seorang orang awam putus tapak tangan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mencederakan dengan senjata hingga menyebabkan kecederaan parah.

Kejadian ini memberikan imej yang tidak baik kepada penganut agama Hindu dan negara ini amnya.

Insiden ini juga menggambarkan seolah-olah mereka tidak menghormati anggota keselamatan yang sedang bertugas.

Ini juga mengingatkan rakyat Malaysia insiden yang menimpa Adib dalam kejadian rusuhan kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, Seafield, Subang Jaya pada November tahun lalu.

Dalam kejadian itu, bukan sahaja Adib yang menjadi mangsa malah perusuh turut merosakkan kenderaan bomba.

Mujurlah kejadian yang berlaku di kuil Kaliamman ini tidak melibatkan sebarang nyawa, khususnya anggota polis terbabit.

Rakyat Malaysia kini tertanya-tanya adakah pada zaman kerajaan DAP-PH ini mana-mana pihak boleh bertindak sesuka hati dan membelakangkan kuasa penjawat awam?

Agaknya mungkin rakyat terpengaruh dengan  tindakan segelintir pemimpin DAP yang berani mengugut pegawai polis secara terbuka.– 5 Ogos 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.