TINDAKAN mengumpulkan tanda tangan ketua pemimpin parti PKR di peringkat bahagian di seluruh negara adalah membuang masa.

Ketua Wanita PKR, Haniza Mohamed Talha menyifatkan langkah untuk memberi sokongan kepada Presiden parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah tidak patut.

“Lebih baik tumpukan perhatian dan usaha kepada pembangunan negara serta menyatukan ahli parti,” katanya dalam satu kenyataan.

Jelasnya, jawatan Presiden parti yang dipegang Anwar adalah merupakan hasil kemenangan tanpa bertanding dalam pemilihan parti lepas.

“Perbuatan mengambil tanda tangan tidak menyatukan.

“Tindakan itu malah menimbulkan kekeliruan dalam kalangan ahli akar umbi,” katanya.

Baru-baru ini Ketua PKR Kangar, Noor Amin Ahmad mendakwa lebih 90 peratus atau 197 daripada 219 Ketua Bahagian PKR di seluruh negara menyokong kepemimpinan Anwar dan menafikan berlaku perpecahan dalam parti itu.

Dakwaan Amin bahawa semua ketua bahagian itu telah dihubungi dan tanda tangan pengesahan mereka diperolehi itu berdasarkan perakuan yang menandatangani resolusi Majlis Pemukiman Pimpinan PKR di Port Dickson pada 21 Julai lalu.

Namun Haniza berkata, dakwaan mendapat tanda tangan kesemua 197 ketua cabang parti itu adalah tidak tepat kerana ada di antara mereka tidak dihubungi. – 5 Ogos 2019

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.