BEKAS Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamad Khir Toyo membidas tindakan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Ng Suee Lim baru-baru ini yang dilihat cuba menghalang satu rang undang-undang (pindaan) kemasukan agama Islam.

Dr Khir berkata beliau melihat Speaker Dewan memendekkan tempoh masa perbahasan tanpa berbincang dengan kerajaan negeri dengan alasan tersirat untuk menghalang Exco Agama Islam iaitu Menteri Besar Amirudin Shari membentangkan rang undang-undang tersebut.

“Usul pindaan ini adalah untuk mengemaskini proses pemelukan seseorang ke agama Islam, maksudnya ia hanya melibatkan individu beragama Islam sahaja.

“Tindakan Speaker dari DAP menghalang Menteri Besar membawa usul tersebut adalah amat menjijikkan lebih-lebih lagi melakukannya melalui pintu belakang.

“Tindakan DAP yang sangat pengecut ini menunjukkan betapa mereka ingin sangat mencampuri urusan umat Islam di negara kita,” bidasnya menerusi satu hantaran dalam Facebook.

Khir menegaskan, setiap tindakan itu ada tindak balas dan semua perkara ada batasnya.

“Bagi saya Speaker DUN Selangor ini tidak boleh dibiar tanpa tindakan sewajarnya mesti diambil tindakan tegas ke atasnya.

“Menteri Besar mesti bertindak, jangan biarkan sikap kurang ajar ini berlarutan. Ia akan merosakkan sistem demokrasi dan pembahagian kuasa antara Speaker dan kuasa eksekutif institusi MB.

“Kaduk naik junjung, cacing naik ke mata, inilah yang telah DAP lakukan,” katanya.

Jelas Khir lagi, agama Islam adalah di bawah bidang kuasa Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan.

“Menghalang usul ini boleh dianggap menafikan kuasa yang diletak di bawah kuasa Sultan dan ia boleh ditakrif DAP cuba menidakkan kuasa Sultan dan merupakan satu bentuk penderhakaan.

“Jangan melampau, sabar kami ada batasnya. Jangan cuba berenang di lautan api, padahnya tak terperi!,” tegasnya sekali lagi. – 5 Ogos 2019.

1 COMMENT

  1. Saya dah lama tunggu nak lawan dgn sikap kurang ajar DAP semakin lama semakin besar kepala bangsat sial nie aku dah naik darah jgn sampai aku bakar semua penduduk cina sial nie hidup2.. Berkali2 dh dikatakan Agama Islam adalah Agama Rasmi negara jadi tlg hormat klu nak duduk malaysia dan berjawatan tetapi semakin hari semakin sial nya menyerlah terpapar langsung ke wajah2 bangsa melayu.. Ingat tiba masa
    melayu akn bangkit..Malaysia bkn negara bangsa cina sial..

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.