DR Mahathir adalah PM untuk semua, bukan mahu pecahkan Cina, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

“Mahathir adalah seorang negarawan, beliau adalah PM untuk semua rakyat Malaysia,” kata pemimpin DAP itu kepada pemberita di Subang Jaya pagi ini.

Loke diminta mengulas mengenai seorang anggota DAP yang menuduh Mahathir menggunakan isu khat untuk memecah belahkan parti itu.

Kenyataan Loke itu seakan cuba melepaskan tengkuk sendiri ketika ura-ura rombakan kabinet oleh Perdana Menteri bertiup kencang di media sosial.

Pemimpin tinggi DAP itu merupakan seorang yang lantang mempertahankan akar umbi DAP sebelum dilantik menjadi menteri.

Beberapa hari lepas, pengenalan tulisan Jawi dalam bentuk khat oleh Kementerian Pelajaran dalam sukatan pelajaran bahasa Melayu mencetuskan perdebatan hangat.

Ia juga dilihat hampir menyebabkan keretakan dalam DAP kerana pemimpin besar DAP yang bergelar menteri tidak lagi senada dengan akar umbi.

Dalam video yang tular di media sosial, seorang ahli DAP menuduh Mahathir cuba menghancurkan sokongan pengundi Cina kepada parti itu.

“Mahathir adalah dalang di sebalik kontroversi tulisan Jawi, isu UEC dan Lynas. Sepanjang hayatnya, dia hanya mahu memecah masyarakat Cina dan menyatukan orang Melayu,” katanya. – NTHQiBORD, 6 Ogos 2019.

1 COMMENT

  1. Rakyat perlu barisan kepimpinan yg baik utk kesejahteraan dan keamanan negara.
    Usaha kearah ini bukan sekadar mengetuai kepimpinan utk membetulkan keadaan negara drp salahguna kuasa dan rasuah tetapi melibatkan barisan anggota kepimpinan .

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.