Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

ANWAR Ibrahim ada masalah mental?

Ya. Itu menurut Raja Petra Kamaruddin, penulis yang cukup terkenal dengan pendedahan  sensasi para pemimpin negara.

Kenyataan Raja Petra mengenai ‘sifat masalah mental Anwar Ibrahim’ dimuatnaik laman portal Malaysia-Today.net.

Menurut Raja Petra, Anwar menghadapi masalah ‘insecurity’ yang membawa maksud sering merasa tidak selamat, dan merasa tidak terjamin tentang apa jua yang bakal berlaku dalam hidupnya.

Individu yang mempunyai masalah ‘insecurity’ selalunya tidak mempercayai orang lain, walaupun pembantunya sendiri.

Jika kita lihat gelagat Anwar pada hari ini, maka kita boleh bersetuju dengan Raja Petra ‘ya…Anwar Ibrahim mungkin menghadapi masalah insecurity’.

Masakan tidak, tidak semena-mena ketua-ketua cabang PKR dipaksa ikrar taat setia pada Anwar, padahal waktu ini bukanlah musim pemilihan PKR.

Anwar juga kekal sebagai Presiden PKR tanpa sesiapa yang mencabarnya.

Menurut Raja Petra, individu yang mempunyai masalah mental seperti ini cenderung untuk mengeksplotasikan hubungan ‘interpersonal.’

Pesakit mental ‘insecurity’ juga berkebolehan untuk menyerang beberapa individu kerana merasakan individu tersebut mampu mengugatnya dengan mendedahkan aib tertentu, agar individu tersebut dimalukan dan dijatuhkan.

Bagaimanapun, pesakit yang menghadapi masalah ‘insecurity’ masih boleh mendapatkan rawatan kerana kemajuan perubatan yang Malaysia miliki pada hari ini.

Setidaknya, pesakit perlu mengambil cuti dari apa jua tugasan berat dan perlu meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga.

Jika benar telahan Raja Petra tentang Anwar ia satu tanda tidak baik kepada Malaysia untuk menerimanya sebagai Perdana Menteri kelapan yang mempunyai masalah mental. – 6 Ogos 2019.

2 COMMENTS

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.