BEKAS Perdana Menteri Najib Razak hari ini memerli tajam Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Azmin Ali dalam satu hantaran di laman Facebooknya.

Ia adalah susulan Azmin yang kelihatan bangga bergambar, dalam majlis penyerahan kunci Casa Anggun iaitu sebuah projek perumahan JKP Sdn Bhd.

Azmin juga memuat naik gambarnya yang lengkap berpakaian korporat hitam di laman Facebook rasmi beliau sebanyak dua kali.

Kain rentang bersaiz mega yang memaparkan wajah Azmin turut dipasang di bangunan Casa Anggun berkenaan.

Image may contain: 1 person, standing

Image may contain: skyscraper, sky and outdoor

“Perumahan yang disiapkan oleh JKP Sdn Bhd ini selamat, selesa, dibekalkan dengan kemudahan asas yang berkualiti dan dijual pada harga yang berpatutan serta mampu dimiliki,” puji Azmin.

Menurut Najib, JKP adalah sebuah agensi pelaksana kepada Majlis Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang yang ditubuhkan semasa beliau menjadi Perdana Menteri.

Image may contain: 2 people, people standing and indoor

Image may contain: 5 people, people smiling, crowd

Syarikat ini ditubuhkan untuk memacu pembangunan sektor hartanah di negeri Pulau Pinang dan menyediakan perumahan yang mampu milik kepada Bumiputera di negeri itu.

Projek Casa Anggun merupakan salah satu projek perumaha JKP, yang terdiri daripada 2 blok pangsapuri 19 tingkat berkos sederhana.

“Kerajaan Barisan Nasional dahulu berusaha untuk menyediakan kemudahan perumahan yang mencukupi, berkualiti dan selesa serta mampu disewa atau dibeli oleh semua lapisan masyarakat,” tulisnya.

Dakwa Najib lagi, kerajaan Pakatan Harapan hari ini pula ‘berusaha bertungkus lumus membuat majlis penyerahan kunci’ dan mengambil kredit atas projek Kerajaan Barisan Nasional.

“Menyempurnakan Majlis Penyerahan Kunci bagi projek yang saya buat dahulu merupakan satu pencapaian dan sumbangan besar,” perli Raja Troll itu. – NTHQiBORD, 6 Ogos 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.