DULU, DAP Kedah pernah keluar dari Pakatan Rakyat (PR) hanya semata-mata isu kandang babi.

Keputusan itu diambil hanya kerana tidak berpuas hati tindakan kerajaan negeri merobohkan satu-satunya pusat penyembelihan babi di Alor Star.

Ketika itu, DAP bersekutu dengan PKR dan PAS untuk menentang Barisan Nasional pada 2009.

Itu adalah contoh betapa teguhnya prinsip parti cauvinis walaupun hanya mempertahankan isu babi yang haram di sisi Islam.

Apa saja isu yang menyentuh perihal bangsa Cina, mereka tidak akan mengalah dan melawan sehabis mungkin.

Kerajaan seolah-olah tidak boleh mengusik langsung kepentingan kaum Cina, walaupun ianya melanggar undang-undang. Mereka tidak akan berganjak walau seinci.

Begitu juga isu jawi dan khat.

DAP bersama kumpulan pendesak Cina begitu lantang membantah pelaksanaan pembelajaran itu di sekolah vernakular.

Jadi adakah sejarah 2009 akan berulang?

Adakah Perdana Menteri dan menteri-menteri Melayu akan tunduk kepada DAP untuk kekalkan kuasa Pakatan Harapan (PH) sebagai kerajaan?

Tun Mahathir sudah bertegas bahawa pelaksanaan jawi dan khat akan diteruskan. Noktah.

Jadi jika tulisan jawi dan khat ini teruskan, tidak mustahil DAP akan keluar PH seperti mana mereka keluar Pakatan Rakyat di Kedah. – 6 Ogos 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.