TERPANGGIL untuk menulis dan berkongsi sedikit pandangan kerana hanya dengan satu tindakan Mempertahankan Tulisan Khat’ maka, ramai yang sedang melihat bahawa Tun Dr Mahathir pejuang melayu.

Yang marahkan Mahathir dengan memanggil Mahafiraun dan segala momokan buruk sudah mula reda dan sedikit kendur.

Untuk pengetahuan, bermula dengan isu ajakan Mahathir untuk Melayu bersatu tempoh hari Mahathir dibelasah teruk dalam Mesyuarat Majlis Presiden yang berlangsung 2 minggu lepas.

Apabila ditekan oleh rakan presiden dari parti-parti dalaman PH , Mahathir tampil menjawab bahawa beliau terpaksa memenangi hati orang melayu jika mahu PH terus berkuasa.

Beliau harus mengambil hati orang melayu yang kini sedang bersatu menyokong UMNO dan PAS.

Penjelasan Mahathir dalam Mesyuarat Majlis Presiden tersebut Mahathir menempelak dengan soalan adakah kita semua sedar bahawa rakyat terlalu marah dengan DAP yang kelihatan terlalu mementingkan Cina.

Apakah jika kita hilang sokongan melayu kita masih boleh berkuasa?”. Tambah Mahathir “Saya kena ambil hati orang melayu.Orang Melayu dah marah dengan kita.”

Dari itulah, saya yakin bahawa memperjuangkan tulisan khat ini juga merupakan skrip yang telah direka untuk menarik semula sokongan orang Melayu yang sekian hari makin menjauhi PH dan Mahathir perlu lakukan sesuatu untuk mengimbangi masalah perkauman yang dicipta DAP.

Dari situ juga kita boleh lihat bagaimana Lim Kit Siang membuat U-Turn dengan bersetuju Tulisan Jawi diajar di sekolah kebangsaan dan Mahathir dilihat sebagai Juara dalam isu Tulisan Khat.

Apakah kita tidak nampak skrip terdesak pemimpin-pemimpin PH ini? Mereka makin terdesak dan menyedari Penyatuan UMNO dan PAS bakal memendekkan jangka hayat pemerintahan mereka.

PH sedar bahawa kerajaan itu berdepan kehilangan kepercayaan dari rakyat yang amat teruk dan mereka harus melakar satu skrip dan ciptaan episod ceritera yang boleh memecahkan penyatuan antara UMNO dan PAS.

Jangan kita terlalu cepat memaafkan dan lihat bagaimana hanya menggunakan isu 1MDB, Najib kita tolak dek kerana Mahathir yang membawanya.

Dan hari ini jangan hanya kerana nampak Mahathir mempertahankan tulisan khat yang beliau tak pernah perjuangkan selama 22 tahun menjadi Perdana Menteri kita terus lembut dan patah dengan permainan licik DAP-PH.

Di sini saya ingin mengingatkan rakyat agar tidak semudah itu untuk termakan dengan sandiwara terdesak ‘kafir harbi DAP yang bekerjasama dengan Melayu Firaun seperti Mahathir ditambah dengan Melayu paling bacul Mat Sabu,Mujahid dan Mazlee’.

Rakyat harus istiqamah bahawa Islam Melayu hanya akan terbela dengan sebuah pemerintahan Islam Melayu (Bumiputera) di Putrajaya dan bukan selain daripada itu.

Apabila melihat apa saja sandirwara atau berita dari Mahathir atau DAP maka rakyat harus membaca dengan melafazkan niat ‘bahawa aku membaca berita ini untuk tidak percaya kepada Mahathir dan DAP dan Sekutunya’.

Terus istiqamah menyokong Penyatuan Islam Melayu yang dibawa UMNO dan PAS dan jangan sesekali termakan dengan apa saja strategi DAP dan lakonan Mahathir Diktator Tua yang ingin terus berkuasa sehingga akhir hayatnya.

Mati dalam jawatan Perdana Menteri ialah satu-satunya Anugerah dan Pencapaian Tertinggi seorang ahli politik dan kerana itu Mahathir sanggup kekal di Kerusi Perdana Menteri walau terpaksa berdepan desakan kumpulan Anwar yang sedang bangkit sekarang.

Kita rakyat jangan terlibat dalam krisis 2 pemimpin bacul (Mahathir ,Anwar dan DAP) ini, biarkan sahaja mereka berebut.

Asalkan kita bangsa Melayu dan Islam bersatu maka kita mampu menolak politik jahat dan zalim DAP-PH. – 6 Ogos 2019.

MEGAT TAWARIKH,
Pemerhati Politik.

*Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan NTHQiBord*

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.