DEWAN Undangan Negeri (DUN) Sabah hari ini meluluskan Rang Undang-undang (RUU) bagi meminda Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 1995 yang akan berkuat kuasa pada 9 September tahun ini.

Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Pindaan) 2019 adalah bagi mengadakan takrif agama Islam dan Ahli Sunnah Waljamaah, selain menjadikan sebatan sebagai penalti bagi ajaran dan pelaksanaan doktrin yang bertentangan dengan hukum syarak.

Pindaan enakmen itu juga bagi mengadakan peruntukan baru mengenai larangan mengembangkan doktrin agama selain daripada doktrin agama Islam.

Sehubungan dengan itu, Majlis Fatwa Sabah mewartakan 11 ajaran sesat termasuk Ajaran Pertubuhan Rahmatan Lil ‘Alamin, Tariqah Hasaniah dan Ajaran Islam Jama’ah.

Image result for perahmat rahmatan lil alamin
Ismail Hj Kassim, pengasas Pertubuhan Rahmatan Lil Alamin

Ajaran lain yang difatwa sesat ialah Islam Jama’ah; Fahaman Liberalisme dan Pluralisme; Kumpulan Tal Tujuh; dan Ajaran Ilmu Makrifat (Mengal Diri) oleh Mohd Cik Wook yang disebarkan oleh Haji Shaari Mohd Yusof.

Tiga ajaran sesat lain iaitu Millah Abraham @ Ibrahim, Hizbut Tahrir dan Syiah yang turut difatwakan sesat pula, ditegaskan sebagai kumpulan pelampau, sehingga sanggup melancarkan perang ke atas kerajaan yang tidak sependapat atau tidak sejajar dengan ajaran mereka.

Pada 10 Ogos 2018, ajaran Pertubuhan Rahmatan Lil Alamin (PERAHMAT) difatwakan sesat kerana ilmu Syahadah dan Zikir Nafas yang dibawa pertubuhan ini adalah salah serta menyeleweng daripada Islam.

Pengerusi Majlis Fatwa Sabah, Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar berkata, umat Islam di negeri ini diharamkan berpegang serta beramal dengan ajaran yang berkaitan dengan Pertubuhan Rahmatan Lil Alamin. – NTHQiBORD, 6 Ogos 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.