JANGAN tunduk kepada desakan pihak tertentu termasuk DAP agar membatalkan pelaksanaan pembelajaran khat dan jawi di sekolah vernakular bermula tahun depan.

Itu saranan bekas Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH) selepas Kementerian Pendidikan memperkenalkan tulisan khat dan Jawi dalam buku teks mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun Empat di sekolah terbabit.

“Malah pihak kerajaan PH dan dalam gabungan parti-parti sesama PH sewajarnya memberi penerangan dan penjelasan lebih lanjut kepada mereka,” katanya.

Kumpulan pendesak tersebut terdiri daripada sekumpulan ahli politik Dap, Gabungan Jawatankuasa Sekolah Cina (Dong Zong) dan Gabungan Persatuan Guru-guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zong).

Semalam, kumpulan pendesak tersebut tetap dengan pendirian mereka menentang walaupun Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad bertegas kerajaan akan meneruskan perancangan kementerian itu.

Tun Mahathir juga menegur tidak wajar mana-mana pihak mempersoal pengenalan tulisan khat kerana kerajaan tidak pernah membantah penggunaan tulisan dalam bahasa lain atas kepercayaan dasar kemakmuran bersama.

Malah, Tun Mahathir berkata tulisan dalam bahasa lain seperti bahasa Cina tidak dibenarkan di beberapa negara jiran seperti Indonesia, Filipina dan Thailand di mana rakyat negara itu hanya dibenarkan menggunakan bahasa ibunda mereka. – 6 Ogos 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.