KAUM Tionghoa resah. Itu kata Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Kaum Tionghoa mencetus polemik baru apabila membantah pelaksanaan khat-jawi dalam silibus Bahasa Melayu untuk sekolah rendah pada tahun hadapan.

Bagaimanapun, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bersetuju dengan pelaksanaan itu.

Perbedaan pandangan dan keputusan membentuk ‘dua kumpulan berbeza’ dalam kerajaan Pakatan Harapan.

Wan Azizah yang merupakan isteri kepada Anwar Ibrahim menegaskan akan mengadakan perbincangan dengan Tun Dr Mahathir, untuk menilai kembali keputusan berkenaan.

“Saya ambil maklum pendapat orang ramai dan saya akan berbincang dengan perdana menteri walaupun beliau sudah keluarkan kenyataan… kita akan berjumpa,” kata beliau.

Hasil desakan Azizah ini memungkinkan tulisan khat jawi tidak akan dilaksanakan sampai bila-bila.

Namun, apa yang menjadi persoalan rakyat adalah pendirian Wan Azizah yang dilihat lebih ‘sayangkan’ masyarakat Tionghoa berbanding Melayu itu sendiri.

Sedangkan bangsa nya, dan agamanya adalah Melayu dan Islam.

Suaminya Melayu dan Islam.

Keenam-enam anaknya juga Melayu dan Islam.

Tulisan Jawi, yang menjadi alat kemarahan masyarakat Tionghoa ini sebenarnya wujud sejak sekitar tahun 1300 M di Kepulauan Melayu.

Perkembangannya berhubung kait dengan ketibaan Islam, ketika zaman Kesultanan Melayu Melaka.

Wan Azizah tanpa rasa bersalah menyokong masyarakat Tionghoa yang mahu membunuh pembelajaran tulisan jawi di sekolah.

Ia memperlihatkan Wan Azizah hanya pandai bersuara bagi pihak kaum Tionghoa, tetapi tidak pernah walau sekali beliau bercerita tentang masa depan, sejarah, seni dan ekonomi orang Melayu.

Pemimpin PKR yang terkenal dengan ‘trademark’ kipas tangan ala Cina itu juga gagal menaikkan ekonomi orang Melayu melalui dasar-dasar baru walaupun beliau adalah Timbalan Perdana Menteri.

Malah, Wan Azizah pernah dikritik hebat oleh bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Omar kerana berpenampilan seperti pelakon opera Cina.

Pada November 2018 Wan Azizah secara terang-terangan merakamkan penghargaan kepada kaum Cina, atau Tionghoa di Malaysia kerana menyumbang kepada kemenangan Pakatan Harapan.

Pada Julai 2019, Wan Azizah bersungguh mengadakan pertemuan rasmi ke atas Naib Presiden China Wang Qishan, dengan hasil pertemuan untuk kebaikan rakyat adalah ‘kosong’! – NTHQiBORD, 6 Ogos 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.