FARHASH Wafa Salvador Rizal Mubarak mendakwa sifat kepura-puraan sesetengah pemimpin di dalam parti PKR adalah punca kepada polemik politik kini.

Pengerusi PKR Perak itu berkata, sifat seperti itu telah membuatkan beberapa ahli komponen Pakatan Harapan (PH) tidak selesa dengan perkembangan ini.

“Surat sokongan buat presiden parti itu menjelaskan hasrat pucuk kepimpinan dan akar umbi yang mahukan kesinambungan reformasi di bawah Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Namun ada segelintir pihak yang mempunyai ‘muslihat tersendiri’ sebagaimana yang disebut Abdul Yunus Jamhari untuk melagakan pemimpin PH dengan presiden.

“Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak pernah sangsi akan penobatan beliau sebagai bakal Perdana Menteri Malaysia ke-8 yang sudah termaktub di dalam manifesto PH bagi PRU-14,” katanya.

Selain daripada itu, Farhash yang juga setiausaha politik kepada Anwar turut memberitahu bahawa PKR Perak tidak ada masalah sekiranya ahli parti mahupun ketua cabangnya ingin melafazkan ikrar taat setia dan menyokong penuh presiden demi parti.

“Sekiranya ada yang enggan memberikan sokongan dan kemudian dipersoalkan oleh media atau ahli parti sendiri sebagai ingkar, saya rasa itulah hak mereka tapi persepsi negatif jatuh kepada mereka.

“Selaku Pengerusi PKR negeri saya terima keengganan Abdul Yunus dan Chua Yee Ling walaupun saya tidak beberapa gemar, namun inilah demokrasi,” katanya. – 7 Ogos 2019

1 COMMENT

  1. Kalau berbicara soal kuasa, siapa pun mahu menjadi penguasa, apatah lagi pm.
    Tapi kena ingat, anwar sendiripun gagal menyatukan ahli parti nya, apalagi mahu memperkasa parti.
    Disamping… 20 tahun anwar berada diluar kerajaan, sudah pasti banyak selok belok sepak terajang yg anwar sendiri tidak dapat menyelesaikan nya.
    Oleh sbb itu, jika tun masih berupaya, lebih baik anwar duduk sebagai TPM hingga habis penggal parlimen 14 ini.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.