WEE Ka Siong mengejutkan warga maya apabila mengeja namanya sendiri dalam tulisan jawi.

Presiden MCA itu memuatnaik hantaran tulisan jawi beliau, di laman Facebook rasmi semalam.

“Saya memang mempelajari seni khat secara tidak formal sejak kecil. Walaupun tidak sehandal mana, tapi saya mampu menulis nama sendiri Wee Ka Siong.

“Ketika menjadi Menteri dan Timbalan Menteri dulu, nama saya dalam tulisan jawi memang sentiasa dipaparkan di papan tanda pada pintu pejabat dan juga kad nama saya,” tulisnya.

Wee mendapat pujian netizen yang bangga dengan kebolehannya, dan senang dengan sikap beliau yang terbuka dengan budaya Melayu dan Islam di negara ini.

“Kan bagus kalau semua cina d malaysia mcm ni. Konfem harmoni.” – Megat LeQir

“Dato wee selayaknya sebagai menteri perpaduan,” – Nailza Ahmad

Wee juga antara pemimpin berbangsa Tionghoa yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai pengantar dan alat komunikasi rasmi beliau di Facebook.

Ia bertentangan dengan pemimpin DAP seperti Lim Guan Eng, Teo Nie Ching dan lain-lain yang gemar menggunakan Bahasa Cina dan Inggeris walaupun mereka kini bergelar menteri kerajaan persekutuan.

Terdahulu, isu tulisan khat jawi menimbulkan polemik dalam negara kerana kumpulan pembantah Cina Dong Zong dan Jiao Zong membantah pelaksanaan khat jawi di sekolah.

Beberapa pemimpin DAP turut menyuarakan amarah, di mana salah seorang peminpin tertinggi DAP menggelarkan tulisan jawi sebagai ‘tahi lembu” hingga mencetuskan kemarahan dari kalangan orang Melayu! – 7 Ogos 2019

1 COMMENT

  1. Sekira nya saya boleh jadi seorang murid yang masih di bangku Sekolah Rendah saya mahu sangat kembali ke sekolah pertama saya ia itu sekolah dalam aliran JAWI di dekat rumah saya di kampung dahulu
    Saya amat menyesal tidak pelajari di sekolaj itu. Kawan2 saya yang telah kekal di sekolah itu sekarang sudah capai kecermelangan dalam pelbagai bidang jawatan2.
    Mereka telah selepas belajar JAWI itu, mereka telah mula belajar bahasa2 lain di sekolah itu juga. Kini meteka semua sudah bahagia dan mashur dalam hidupan dan pekerjaan yang bagus.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.