MENTERI Besar Johor menolak dakwaan beliau akan melepaskan jawatannya dan menyifatkan itu sebagai khabar angin.

Datuk Dr Sahruddin Jamal dilihat menyangkal dakwaan dalam satu hantaran Facebook yang mendakwa beliau akan letak jawatan sebagai MB.

Dakwaan hantaran di media sosial itu memperlihatkan bahawa beliau melepaskan jawatan itu setelah gagal menangani isu pencemaran di Pasir Gudang.

Selain itu, hantaran itu juga memberi gambaran seolah-olah beliau tidak tahan dengan gesaan daripada pelbagai pihak mengenai isu pencemaran berkenaan.

Malah, turut mendakwa bahawa beliau menerima tekanan yang hebat dari ramai pihak yang semakin kecewa dan sedih dengan pentadbiran negeri Johor.

Namun, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kepong itu tampil memberi penjelasan bahawa ianya adalah khabar angin.

“Pertama itu adalah khabar angin dan kedua, siapa yang menyebarkannya,” katanya. – 8 Ogos 2019

1 COMMENT

  1. Memang tak layak…telo jawa pekat gedabak cakap melayu hancur terus….indon mari dan kerja langsung tak reti apa kesatupun.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.