AKIBAT tekanan rakyat, Menteri Besar Johor, Datuk Sahruddin Jamal dipercayai sedang berkira-kira mahu meletakkan jawatannya, dakwa pemilik Facebook, Ops Johor.

Menurut maklumat yang diterima, Ops Johor mendakwa Sahruddin mahu berbuat demikian disebabkan kegagalannya dalam menguruskan masalah pencemaran selain ditekan semua pihak yang kecewa dan sedih dengan pentadbiran hari ini.

Ops Johor juga menyarankan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kepong itu melepaskan jawatannya.

“Isu pencemaran Pasir Gudang tu bukan isu kecil, tetapi ia adalah isu besar.

“Kes pencemaran dipercayai masih belum dapat diselesaikan sehingga hari ini dan segala yang mereka rancangkan semuanya gagal.

“Dan rasanya itu adalah langkah terbaik dan Menteri Johor harus lepaskan jawatan kerana sudah terbukti gagal sampai rakyat hilang rasa hormat,” dakwa Ops Johor.

Bagaimanapun Ops Johor memuji tindakan Sahruddin memohon maaf bagi pihak kerajaan negeri atas kegagalanny menangani isu pencemaran dengan baik.

“(Itu) adalah satu tindakan berhemah.

“Tetapi kena faham juga, perkara itu bukan hanya soal emosi dan perasaan rakyat sahaja yang perlu dijaga.

“Rakyat juga berhak nak tahu apa perancangan drastik kerajaan untuk mereka terutama soal nyawa dan apa jaminan kerajaan negeri kepada mereka?

“Kerajaan negeri harus bertanggungjawab kerana soal nyawa tidak boleh dibuat main-main, anak mereka bukan anak patung.

“Jika benar Menteri Besae mahu melepaskan jawatan tak kiralah apa sebab samada sukarela atau dipaksa, maka gantikanlah kepada mereka yang lebih layak untuk menjaga kami,” kata Ops Johor.

Sahruddin menggantikan Datuk Osman Sapian yang tidak sampai setahun memerintah Johor selepas Pakatan Harapan merampas kubu kuat UMNO itu pada pilihan raya umum lepas.

Sapian melepaskan jawatannya kerana gagal menangani isu pencemaran udara di Pasir Gudang pada Mac lalu. – 7 Ogos 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.