TARIKH 9 Mei 2018, laungan Malaysia Baru menjadi siulan rakyat Malaysia.

Pelbagai harapan rakyat menjadi taruhan kepercayaan sehingga sangguh buat perubahan kerajaan.

Anak muda dengan harapan PTPTN dihapuskan; warga petani, peladang, dan nelayan akan dijaga kebajikan lebih baik; warga Felda dan Risda dijanjikan pelbagai janji manis, kos sara hidup akan turun, peluang pekerjaan 1 juta, harga minyak petrol rm1.50 dan tol akan dimansuhkan.

Pakatan Harapan juga menjanjikan bahawa BRIM akan dinaikkan, undang-undang negara akan diperbaiki, menjamin kestabilan politik, ekonomi negara akan lebih kuat dan macam-macam lagi.

Kini selepas lebih setahun tiga bulan, rakyat merasakan mereka telah buat kesilapan kerana apa yang mereka sangka perubahan Malaysia Baru kini hanyalah omokan kosong sahaja.

Sangkaan menjadi baik kini menjadi lebih teruk.

Lihat sahaja di media sosial bila dalam kalangan netizen yang dahulunya penyokong Pakatan hari ni telah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan negara.

Bukan hanya di media sosial jika kita di pejabat, restoran, masjid, kunikiniya, tokong , dalam bandar mahupun luar bandar kini sudah merasakan Kerajaan Pakatan Harapan gagal mentadbir negara kita dengan baik.

Lihat sahaja kenyatan Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, para Menteri dan kepimpinan Pakatan yang dilihat kurang matang dan tidak langsung menjaga sensitiviti rakyat.

Isu Sungai Kim di Johor misalnya, kita lihat kerajaan sehingga kini gagal mencari penyelesaian malah mengeluarkan pelbagai kenyataan yang bercanggah.

Isu Peguam Negara Tommy Thomas hari ini secara jelas pertama kali dalam sejarah negara kita lebih banyak jadi alat politik daripada mengangkat martabat institusi undang-undang negara.

Hari ini rakyat Malaysia nampak bagaimana institusi undang-undang negara telah dirogol demi kepentingan politik.

Kes-kes profil tinggi yang dibuat pendakwaan tanpa bukti kukuh manakala kes yang perlu keadilan seperti kes arwah Muhammad Adib Mohd Kassim dijadikan mainan politik.

Begitu juga dengan pembuangan kes seperti isu terowong Pulau Pinang masih menjadi tanda tanya.

Isu Ketua Polis Negara (KPN) juga dilihat sudah hilang kredibiliti bila kini terlalu banyak main politik.

Pertama kali juga dalan sejarah negara bila KPN dijadikan alat politik oleh kerajaan secara terbuka.

Lihat sahaja bagaimana isu video homoseks yang viral sehingga kini menjadi persoalan rakyat iaitu siapa pelaku dalam video tersebut.

KPN dilihat ‘playsafe; dalam isu tersebut kerana ada tangan-tangan ajaib yang mengawal keputusan beliau.

Isu PTPTN dahulu dijanjikan akan mansuh kini dipaksa buat pembayaran dengan dasar baru kerajaan yang jelas menekan anak-anak muda

Hutang negara makin meningkat kearah RM1 trillion dalam masa satu tahun tiga bulan dengan penambahan hutang negara lebih RM100 billion.

Kegilaan apa yang dibuat oleh Pakatan?

Aset-aset strategik negara banyak dijual, saham-saham utama banyak dijual, subsidi rakyat banyak ditarik.

Soalannya, mengapa hutang negara makin meningkat dan apa jadi dengan duit Tabung Harapan yang bernilai lebih RM200 juta ?

Lebih setahun tiga bulan kita lihat sudah berapa kali PM dan Menteri Pakatan telah keluar negara untuk cari FDI atau pelabur bagi negara sehingga kini gagal menarik pelabur.

Ini sebenar tidak baik untuk ekonomi negara bagi jangka masa panjang kerana ianya akan buat negara kita kearah kegawatan ekonomi negara.

Lebih setahun tigabulan bursa saham kita jatuh dengan teruk sekali berbanding zaman Barisan Nasional memerintah sebelum 9 Mei 2018.

Isu rakyat yang dirasai baik bandar dan luar bandar adalah kos sara hidup makin meningkat.

Rata-rata rakyat kini sudah merasai tekanan barangan keperluan asas yang kini makin meningkat.

Sekali lagi kerajaan Pakatan gagal menyelesaikan kos sara hidup rakyat.

Dalam keadaan rakyat tertekan, kenyataan menteri yang mengatakan kerajaan akan membatalkan bantuan bagi petani dan peladang kecil dilihat satu tindakan zalim kerajaan terhadap rakyat khususnya golongan B40.

Bantuan BRIM zaman BN penerima lebih 7 juta rakyat Malaysia kini sudah dikurangkan kepada 3 juta rakyat Malaysia.

Pentadbiran dan kepimpinan Pakatan lebih berminat isu siapa bakal PM ke-8 di kala waktu rakyat perlukan kerajaan fokus isu kebajikan dan kestabilan ekonomi rakyat.

Tapi mereka kini secara terbuka lebih berminat bermain politik.

Majoriti rakyat kini boleh dikatakan jelak dengan masalah dalaman Pakatan Harapan bila di puncak kuasa.

Laungan hidup rakyat hanyalah laungan retorik untuk mendapat kepercayaan rakyat dahulu.

Rakyat Malaysia kini merasakan Pentadbiran dan Kepimpinan Pakatan gagal membina Malaysia Baru.

Rakyat Malaysia kini nampak sebuah rejim kerajaan yang zalim dan kerajaan Harapan Palsu.

Sama- sama kita doakan hubungan UMNO dan PAS terus diperkukuhkan ke arah perpaduan ummah untuk kita kembali berkuasa pada PRU15. Insya-Allah. – 7 Ogos 2019.

DATUK ARMAND AZHA ABU HANIFAH,
Ketua UMNO Bahagian Subang.

*Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan NTHQiBord*

2 COMMENTS

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.