ISU peralihan kuasa daripada Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim menyebabkan pelabur ragu-ragu ke Malaysia.

Oleh itu, Tan Sri Rafidah Aziz menggesa semua pihak berhenti bercakap tentangnya.

Rafidah yang juga anggota Majlis Tindakan Ekonomi berkata perkara itu hanya menyebabkan ketidaktentuan dalam negara.

“Marilah berhenti bercakap tentang isu ini kerana ada pihak di luar sana – pelabur, orang yang berpotensi menjadi rakan niaga – tidak pasti ke mana arah kita.”

“Masalah peralihan kuasa telah dikenal pasti sebagai salah satu punca ketidaktentuan ini,” katanya.

Rafidah turut menyatakan bahawa Tun Mahathir perlukan masa untuk melaksanakan tugasnya.

Rafidah merupakan bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri dari 20 Mei 1987 hingga 19 Mac 2008. Beliau antara yang paling lama berkhidmat sebagai menteri.

Rafidah digugurkan daripada kabinet pada zaman Tun Abdullah Badawi menjadi Perdana Menteri

Isu peralihan kuasa antara Tun Mahathir dan Anwar merupakan antara topik politik utama yang dibincangkan sejak PRU ke-14.

Isu ini semakin hangat apabila sebahagian ahli dan pemimpin PKR mahu Tun Mahathir terus kekal sebagai Perdana Menteri.

Selain itu, Tun Mahathir mendapat sokongan daripada PAS. – 7 Ogos 2019

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.