TAN Sri Rafidah Aziz tidak setuju dengan pembelajaran seni khat tulisan Jawi dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di sekolah vernakul yang dijadualkan bermula tahun hadapan.

Bekas menteri itu berkata, kerajaan tidak boleh memaksa semua murid untuk belajar seni khat tulisan jawi.

“Seperti hal lain, artistik ialah satu bakat. Kita tak perlu bakat seperti itu dimasukkan sebagai bahagian wajib dalam kurikulum di sekolah,”

“Sistem pendidikan terlalu banyak hal yang mengarut. Jangan saratkan (sistem pendidikan) dengan subjek yang tak perlu dan remeh,” katanya.

Rafidah juga telah menghantar pesanan teks kepada Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik bagi menyuarakan bantahannya terhadap perkara itu.

Terdahulu, Kementerian Pendidikan mengumumkan untuk melaksanakan khat jawi dalam subjek Bahasa Melayu untuk murid darjah empat di seluruh negara.

Kementerian juga memberi jaminan bahawa pengenalan seni khat di kedua-dua sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan, hanya melibatkan bahagian kecil dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.

Pelaksanaan khat dalam tulisan jawi juga tidak dimasukkan dalam penilaian peperiksaan bulanan mahupun tahunan murid. – NTHQiBORD, 7 Ogos 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.