PROJEK kereta terbang yang diperkenalkan Menteri Pembangunan Usahawan, elok dijadikan sebagai hobi sahaja, kata Tan Sri Rafidah Aziz.

Pada 26 Februari lalu, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof mengumumkan bahawa projek kereta terbang pertama Malaysia akan dipacu oleh teknologi tempatan.

Namun ideanya itu dibidas oleh Rafidah yang merupakan bekas menteri perdagangan antarabangsa dan industri.

Walhal kedua-dua pemimpin itu merupakan dari parti Bersatu.

Menurut Rafidah, terdapat banyak lagi isu yang lebih penting berbanding memperkenalkan “dasar remeh” tersebut.

“Apabila anda mempunyai kecenderungan semborono dalam membuat keputusan, kita akan menghadapi masalah.

“Saya berharap penentu dasar akan membimbing pihak sepatutnya untuk memberi fokus apa yang betul,” katanya.

“Maksud saya, OK-lah, awak mahu membuat kereta terbang, teruskan sebagai hobi peribadi. Siapa yang halang anda?

“Tetapi jangan jadikannya sebagai projek untuk negara.

“Kita sedangkan tidak mempunyai basikal diberikan sebagai bantuan kepada pelajar-pelajar di Sabah dan Sarawak yang berjalan kaki berbatu-batu setiap hari,” katanya. – 7 Ogos 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.