DUA isu penting menjadi contoh kerapuhan hubungan antara Sabah dan Putrajaya dalam mencapai satu-satu keputusan.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Shafie Apdal berkata isu pelantikan naib canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS) baharu dan pelaksanaan levi pelepasan contoh kurangnya rundingan Putrajaya dengan kerajaan negeri ketika membuat dasar.

Shafie berkata, tindakan Putrajaya menerusi Kementerian Pendidikan menggantikan D. Kamaruddin Mudin dengan Taufiq Yap Yun Hin sebagai naib canselor UMS menimbulkan rasa kurang senang kepada Sabah.

Ini kerana, Shafie sendiri sudah memberi pandangannya secara langsung kepada Menteri Pendidikan Maszlee Malik mengenai pelantikan pelantikan itu semasa majlis pertabalan Yang di-Pertuan Agong baru-baru ini.

Isu pelantikan itu akhirnya mendorong peletakan jawatan Pengerusi Lembaga Pengarah UMS KY Mustapha.

Shafie berkata, Maszlee sepatutnya berunding dengannya kerana Sabah mempunyai kementerian pendidikan negeri sendiri yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal pendidikan negeri.

“Saya tahu ia adalah hak menteri untuk melantik naib canselor baharu, tetapi harus ada rundingan terlebih dahulu.

“Sebenarnya, kami sudah memberikan pandangan dan mencadangkan beberapa nama untuk naib canselor baharu, tetapi Maszlee memutuskan untuk membuat keputusan itu sendiri,” kata Shafie.

Mengenai keputusan Putrajaya mengenakan levi pelepasan yang akan dikuatkuasakan pada 1 September ini kepada penumpang pengangkutan udara, Shafie berkata cukai itu tidak memberi manfaat kepada Sabah.

Katanya, pelancongan merupakan penyumbang utama kepada pendapatan Sabah dan negara, dan Putrajaya tidak patut mengenakan lebih banyak cukai demi kepentingan sektor pelancongan.

“Industri perkhidmatan kami juga berfungsi dengan baik tetapi kami tidak mahu menjejaskannya dengan mengenakan halangan tertentu, levi yang keterlaluan sehingga anda membunuh industri itu, ia tidak bagus,” katanya. – 7 Ogos 2019.

1 COMMENT

  1. DAP dn PH ni bolehlah kita umpamakan BERAJA DIMATA BERSULTAN DIHATI, sewenang2 menggunakan peruntukan wang rakyat dgn sesukahati, jual habis harta negara, hutang negara bertimbun, xada yg luak,apa ke jadaj kerajaan mcm ni.. Ini nama nk pelingkupkan negara.. Bkn nk mentadbir negara dgn baik, yg ada boleh jadi xada…sepatutnya harta negara ditambah bkn dikurangkan…apa dh jadi ni… Adakah pentadbiran negara mcm ini yg pengundi pkr nk kan masa pangkah pkr pd pru dulu?… Jahanam negara krn ditadbir oleh manusia yg pandai bercakap tp xreti buat kerja… Mrk ingat mentadbir negara senang ke… Rmh tangga sendiri pun hancur mcmana nk tadbir negara… Cukuplah kali ini saja wahai PH, tempat kamu sebenarnya di TONG SAMPAH..

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.