SEORANG penyampai popular syarikat penyiaran Britain, BBC terpaksa mohon maaf secara terbuka apabila dikecam sebuah badan Islam di negara itu ekoran salah faham mengenai simbol satu jari yang digunakan umat Islam ketika bersolat.

Ia malah jadi simbol antarabangsa bagi bahasa isyarat orang cacat pendengaran yang merujuk kalimah Allah dan tanda isytihar untuk bukan Muslim ketika mengucap dua kalimah syahadah.

Dalam program Panorama dikendalikannya itu, Stacey Doley mendakwa simbol ketika tahiyat akhir dalam solat sebagai simbol militan Daesh.

Disebabkan salah faham itu, BBC terpaksa membuang babak penyampai berusia 32 tahun itu berkata simbol salam satu jari sebagai isyarat militan Daesh ketika dia lawat sebuah kawasan di utara Syria.

“Kami terkhilaf anggap tindakan beberapa wanita tempatan berpurdah di beberapa kem dikuasai pejuang Kurdish itu merujuk tanda tabik Daesh,” jelas jurucakap BBC dipetik portal Arab News.

Isu salam satu jari itu dapat perhatian penonton Muslim di Britain sebelum sebuah organisasi dikenali Measuring Anti-Muslim Attacks tegur kesilapan maklumat disiarkan stesen berkenaan.

“Ia simbol Tauhid sebagai doktrin Islam yang rujuk tanda keesaan Allah daripada disekutukan dengan perkara lain, bukan tabik Daesh yang nyata salah dan mengelirukan,” kata pertubuhan itu. – AGENSI, 7 Ogos 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.