SISTEM Pinjaman Baharu kepada pekebun kecil dilihat sebagai satu agenda dan muslihat supaya tanah petani (orang kampung) dipindah milik kepada orang bukan Melayu.

Ketua Penerangan UMNO Perak, Datuk Mohd Zolkafly Harun mempersoalkan pelaksanaan sistem itu yang menggantikan skim bantuan tanam semula untuk pekebun kecil mendorong berlakunya penjualan tanah besar-besaran.

“Akan wujud ‘ular air’ yang menjadi broker kepada taikun besar.

“Mereka ini akan siap sedia untuk memujuk pekebun kecil supaya menjual tanah mereka.

“Adakah ini satu lagi strategi terancang untuk menipu orang kampung?

“Sejak dahulu lagi kita melihat banyak tanah yang diberikan kepada orang kampung untuk tujuan pertanian dipindah milik kepada bukan Melayu secara jual beli dan cara menipu muslihat,” katanya.

Selain itu, Mohd Zolkafly berkata, orang Melayu mudah terpedaya dengan menggadai atau memajak tanah kepada tauke besar bagi mendapatkan pinjaman wang mudah.

“Tindakan mereka itu akhirnya menyebabkan tanah yang bertaraf rizab Melayu berpindah hak milik apabila gagal melunaskan hutang,” katanya. – 7 Ogos 2019

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.