JEMAAH Menteri yang bermesyuarat pada semalam, Rabu telah memberi bayangan untuk meneruskan rancangan pengajaran seni khat di sekolah rendah pada tahun depan.

Penguatkuasaan itu termasuk sekolah rendah jenis kebangsaan Cina dan Tamil di seluruh negara.

Bagaimana pun, Sinchew Daily melaporkan bahawa para murid mungkin dibenarkan untuk memilih mempelajari atau sebaliknya.

Hal ini menjadikan pembelajaran khat dalam tulisan jawi adalah tidak diwajibkan.

“Seni khat bahasa Arab akan diajar pada tahun depan, tetapi para murid mungkin dibenarkan memilih untuk belajar atau sebaliknya.”

“Kami telah berusaha menyelesaikan dan mengurangkan beban pelajar,” tulis Sinchew Daily.

Sinchew Daily juga melaporkan bahawa penterjemahan seni khat oleh media berbahasa Cina sebagai ‘kaligrafi tulisan Jawi’ adalah tidak tepat dan harus diterjemahkan sebagai ‘kaligrafi tulisan Arab’.

Menurut kenyataan Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taoisme (MCCBCHST) yang dipetik portal itu, kemasukan kaligrafi tulisan Arab dalam mata pelajaran Bahasa Melayu mungkin telah melanggar Perlembagaan.

Dakwa mereka lagi, seni khat merupakan kaligrafi Arab yang mempunyai kaitan rapat dengan Islam kerana digunakan untuk menulis al-Quran dan hadis.

Walau bagaimanapun, keputusan sebenar akan diumumkan petang ini oleh Menteri Pendidikan Maszlee Malik, melalui satu sidang media khas Kementerian Pendidikan Malaysia.

Sidang media berkenaan akan menentukan ‘masa depan’ pembelajaran khat-jawi di sekolah-sekolah rendah, sama ada diwajibkan atau sebaliknya. – NTHQiBORD, 8 Ogos 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.