BETUL ke parti DAP menyokong Perlembagaan Persekutuan dan keputusan Mahkamah Persekutuan bahawa pertukaran agama Individu di bawah umur hanya berlaku sekiranya mendapat kebenaran kedua ibu bapa.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, partinya tegas dengan pendirian menyokong keputusan itu.

“Pendirian kita jelas. Kita mematuhi Perlembagaan Persekutuan dan keputusan Mahkamah Persekutuan bahawa penukaran agama orang bawah umur perlu dipersetujui kedua-dua ibu bapa.

“Kita perlu hormati perlindungan yang diberi (kepada warga bawah umur seperti termaktub dalam) Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Ketika disoal mengenai risiko pergolakan politik di DUN Selangor, Speaker Ng Suee Lim dikatakan menghalang rang undang-undang pindaan enakmen negeri daripada dibentang untuk perbahasan.

Namun, Guan Eng turut menafikan spekulasi bahawa Suee Lim bakal disingkir sebagai speaker.

“Pada masa ini, enakmen itu menyatakan mereka yang berusia 18 tahun ke bawah perlu mendapat kebenaran “ibu dan bapa” sebelum memeluk Islam. Pindaan itu untuk mengubahnya kepada “ibu atau bapa”.

“Tidak ada sebarang ura-ura.

“Dalam aspek ini tentu kita akan pertahankan speaker kami di Selangor, jadi tidak menjadi masalah,” ujarnya. – 8 Ogos 2019

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.