INILAH di antara penyebab mengapa berlaku perbalahan antara kami dan bangsa DAP itu.

Mereka tidak pernah berhenti menggunakan kesempatan secalit kuasa yang mereka ada untuk menyekat dan memadamkan agama ini. Antara siri yang tidak pernah berhenti mereka berusaha ‘memadamkan’ cahaya agama ini.

Kali ini di negeri Selangor, cubaan untuk membentang enakmen menyatakan mereka yang berusia 18 tahun ke bawah perlu mendapat kebenaran “ibu dan bapa” sebelum memeluk Islam. Pindaan itu bagi mengubahnya kepada “ibu atau bapa”.

Rang undang-undang berkenaan dikatakan mendapat sokongan istana atas saranan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). Namun digagalkan oleh bangsa DAP itu.

Apa lagi yang sewajar dilakukan oleh pihak PH daripada berusaha keras memecat speaker yang membuat onar itu kecuali menanggalkannya dari jubah speaker itu?

Kami menyokong penuh usaha pembentangan enakmen ini. Menjadi kewajiban bagi setiap umat Islam memperkasakan agama ini walau datang daripada sesiapa pun.

Inilah tanggungjawab kita semua menyokong perkara maaruf dan mencegah perkara mungkar.

Dari kesekian kalinya, kami mengharap saudara kami yang beragama Islam yang menyokong bangsa DAP ini menyedari betapa liciknya mereka membawa agenda avengelist kristian yang menjadi ancaman kepada umat Islam di Malaysia ini.

Kali ini mereka semakin berterus terang, kecuali bagi mereka yang membutakan mata dan memekakkan teliga dan menutup ruang hati untuk agama ini. Berhati hati lah!!

Firman Allah SWT yang bermaksud;

Orang-orang Yahudi dan Kristian tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar. Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu. – (Surah al-Baqarah ayat 120)

USTAZ AHMAD DUSUKI ABD RANI
Pengerusi Lajnah Dakwah Dewan Ulamak PAS Pusat

*Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan NTHQiBord*

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.