EMPAT Exco bukan Islam kerajaan Selangor hari ini menghadap Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, di Istana Bukit Kayangan, lapor Bernama.

Mereka menghadap Sultan Sharafuddin Shah pada jam 11 pagi tadi, hari ini.

Empat exco berkenaan adalah Datuk Teng Chang Khim, V. Ganabatirau, Hee Loy Sian dan Ng Sze Han.

Datuk Teng Chang Khim, V. Ganabatirau, Nge Sze Han merupakan dari parti DAP, manakala Hee Loy Sian dari PKR.

Difahamkan, keempat-empat exco berkenaan memohon untuk menghadap Sultan Sharafuddin untuk membincangkan beberapa isu berkaitan agama Islam yang semakin keruh di negeri Selangor.

Hal ini termasuklah usul pindaan enakmen negeri berkaitan penukaran agama bagi anak di bawah umur.

NTHQibord sebelum ini melaporkan bahawa Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari cuba meminda enakmen negeri untuk mengubah perkataan mengenai berhubung penukaran agama bagi anak yang di bawah umur.

Pada masa ini, enakmen itu menyatakan mereka yang berusia 18 tahun ke bawah perlu mendapat kebenaran ‘ibu dan bapa’ sebelum memeluk Islam.

Pindaan itu untuk berubah kepada terma ‘ibu atau bapa.

Walau bagaimanapun, ini mengundang bantahan yang kuat dari ADUN PKR dan DAP pada mesyuarat 26 Julai lalu. – NTHQiBORD, 8 Ogos 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.