MAHKAMAH Majistret di sini hari ini menetapkan 15 dan 16 Oktober depan sebagai tarikh bicara kes penyalahgunaan dadah membabitkan anak lelaki Mohamad Sabu atau dikenali sebagai Mat Sabu, Menteri Pertahanan Malaysia.

Ahmad Saiful Islam Mohamad, 31, didakwa menggunakan dadah jenis 11-nor-delta-9-tetrahydrocannabinol9-carboxylic acid atau THC, yang juga terdapat pada ganja di Hotel W, Kuala Lumpur pada jam 2.05 pagi, 6 Januari lalu.

Ujian saringan air ­kencing yang dilakukan terhadap Saiful juga telah mengesahkan beliau positif dadah jenis ganja.

Sebelum ini media tempatan melaporkan, kes dadah anak menteri PAN itu ditetapkan pada 8 Ogos depan untuk pengurusan kes dan tarikh bicara.

Pada Januari awal tahun ini, anak Mat Sabu merupakan seorang daripada 101 individu termasuk 55 wanita yang diperiksa dalam Op Hiburan oleh sepasukan pe­gawai dan anggota dari Ibu pe­jabat Polis Daerah Dang Wangi.

“Ketika operasi tersebut, dia dikatakan sedang berhibur de­ngan beberapa individu lain.

“Hasil pemeriksaan ke atas kesemua pengunjung pusat hiburan itu, hanya mereka berdua yang disyaki positif dadah,” kata Tim­balan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Yaacob.

Pertuduhan ke atasnya dikemukakan mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan denda maksimum RM5,000 atau penjara tidak lebih dua tahun dan pengawasan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) selama tiga tahun di bawah Seksyen 38B akta sama, jika disabit kesalahan. – NTHQiBORD, 8 Ogos 2019.

2 COMMENTS

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.