AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Beserah Andansura Rabu merupakan salah seorang yang kuat menentang pembukaan kilang memproses nadir bumi di Gebeng suatu ketika dahulu, lapor Bernama.

Namun, selepas 15 tahun, beliau menerimanya selepas menilai semula realiti semasa dan pandangan pakar yang berkaitan.

“Saya sendiri antara yang menentang semasa awal ura-ura mendengar Lynas hendak dibuka, daripada kawasan itu masih tanah kosong sehingga penghujung tahun 2014. Lynas beroperasi di kawasan saya dan saya sendiri antara penduduk paling hampir dengan kilang itu.”

“Saya pantau sendiri perkembangan dan bacaan di kawasan itu dan dapati tiada sebarang perubahan alam sekitar atau radiasi. Sudah tujuh tahun Lynas beroperasi dan saya akui saya mungkin silap dalam tahun-tahun sebelumnya,” kata beliau.

Andansura berkata pertikaian mengenai kilang yang berasal dari Australia itu sudah mengambil masa hampir 15 tahun dan menjadi ‘modal’ tiga pilihan raya umum.

Sedangkan, sejak Lynas Malaysia Sdn Bhd (Lynas) mula beroperasi dari hujung tahun 2012 hingga kini, pakar dalam pelbagai bidang termasuk sains, kesihatan dan alam sekitar telah secara konsisten menyatakan Lynas beroperasi dengan baik dan patuh undang-undang.

Penentangannya selama ini banyak merujuk kepada sejarah di Bukit Merah, Perak dan kemalangan nuklear di Fukushima, Jepun.

Sebagai Adun kawasan berkenaan sudah pasti beliau tidak mahu malapetaka yang serupa berlaku di situ.

Beliau menyeru semua pihak agar membuang ego dan kepentingan politik masing-masing dan terus memandang ke hadapan.

Jadi selama ini, selama 15 tahun kerajaan UMNO-BN difitnah hanya melalui permainan persepsi pembangkang ketika itu.

Hakikatnya bukan mudah seseorang untuk mengakui kesilapannya, tetapi sekurang-kurangnya Andansura telah melakukannya.

Adakah mungkin, kerajaan DAP-PH hari ini mengakuinya dan memohon maaf kepada kerajaan terdahulu? – 8 Ogos 2019

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.