MENGEJUTKAN dan berbahaya!

Bekas Perdana Menteri, Najib Razak mendedahkan pernah menerima ancaman ‘sniper’ atau penembak tepat bersenjatakan raifal, di Ibu Pejabat Umno Bahagian Pekan, Pahang.

Ancaman ini diterima beliau sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu.

Najib berkata, penembak yang tidak dikenali telah menyasarkan pada sudut cermin pejabat Umno Pekan pada jarak tembakan 200 meter.

Tembakan itu sebagai amaran daripada ‘sniper’ tersebut kepada Najib Razak dengan motif amaran tidak diketahui.

“Setahun lebih sebelum pilihan raya umum ada penembak tepat yang tembak peluru ke bilik saya di Umno Bahagian Pekan.

“Dia hendak hantar mesej kepada saya, sedangkan tahu saya tidak ada di sana. Dia (penembak) itu hantar peluru pada sudut cermin. Peluru itu ditembak pada jarak 200 meter.

Ahli Parlimen Pekan itu mendedahkan tentang ancaman itu dalam Wacana Ilmu Hard Truth: “Cash is king” di Menara Dato’ Onn malam tadi.

“Polis masih tidak dapat kesan siapa pelaku. Senapang yang digunakan adalah jenis ;long range’,” tambah Najib.

Senapang ‘long range’ atau raifal adalah sejenis senjata api yang banyak digunakan oleh kumpulan militari, dimana melibatkan sasaran pada jarak jauh dengan mengambil kira unsur balistik seperti tiupan angin.

Ia tidak mungkin dilakukan oleh penembak amatur, kerana penggunaan raifal memerlukan kemahiran yang tinggi untuk mengendalikannya. – NTHQiBORD, 8 Ogos 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.