PAS cabar DAP jangan perkuda parti Melayu

0

PEMUDA PAS Selangor mencabar DAP untuk bergerak bersendirian pada Pilihan Raya Umum ke-15 jika mahu memperjuangkan agenda hak sama rata menerusi agenda Malaysian Malaysia.

Ketuanya, Hanafi Zulkapli berkata, DAP tidak perlu menyorok di belakang parti politik Melayu dalam Pakatan Harapan seperti Bersatu, PKR dan Amanah.

Katanya, DAP perlu bergerak bersendirian kerana sikap dan tindakan pemimpin DAP yang membelakangi semangat dalam mendokongi Perlembagaan negara sejak menang PRU14 lalu.

“Dengan isu-isu sensitif yang berlaku pada hari ini jelas telah mencabar Ummat Islam khususnya bangsa melayu yang merupakan majoriti penduduk Malaysia.

“Dengan erti kata yang lain, DAP sekarang sedang mencabar kestabilan politik melayu Islam dengan dengan membelakangi semangat keharmonian bersama antara kaum yang diikat dan dipasak menerusi Kontrak Sosial,” katanya.

Hanafi turut memberi contoh isu-isu sensasi yang dicetuskan dan dibangkitkan oleh DAP.

Antaranya termasuk itu tindakan Speaker DAP, Ng Suee Lim memendekkan tempoh Sidang Dewan Undangan Negeri Selangor apabila Menteri Besar Selangor Amirudin Shari mahu membentangkan usul pindaan undang-undang agama Islam.

Selain itu katanya, DAP mensensasikan isu tulisan khat dan jawi di sekolah vernakular apabila pemimpin parti itu mengeluarkan bantahan yang disokong lebih 100 cawangan dan Jawatankuasa Perhubungan Parlimen.

Selain itu, isu kewarganegaraan masih menjadi tanda tanya apakah agenda yang dimainkan oleh DAP sehinggakan berlaku pertemuan dua menteri, dua timbalan menteri dan dua ahli Parlimen daripada DAP dengan Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung isu kewarganegaraan.

Malah katanya, ke­utamaan bagi pemimpin DAP setelah mendapat kuasa dalam PRU 14 jelas mereka bersungguh-sungguh dalam memperjuangkan isu pendidikan Cina bagi mendapatkan peng­iktirafan kepada Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC).

Begitu juga de­ngan usaha DAP untuk membanyakkan sekolah beraliran Cina seper­ti pengumuman Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching bahawa Kementerian Pendidikan akan mengkaji cadangan untuk membina 26 lagi sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC). – 8 Ogos 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.