GARA-GARA gagal tunai janji pilihan raya, seorang Datuk Bandar di Chiapas, Mexico diikat pada sebatang tiang oleh penduduk yang berang dan menuntut manifesto itu ditunaikan.

Kejadian malang menimpa Datuk Bandar Siltepec, Pedro Damian Gonzalez Arriaga itu berlaku ketika beliau mengadakan lawatan kerja di pekan kecil La Laguna.

Semasa berada di pekan itu, penduduk mendesak supaya wang dalam tabung khas diperuntukkan untuk menaik taraf jaringan jalan raya sepanjang dua kilometer, namun Arriaga memberi alasan cadangan tersebut menyebabkan ketidakseimbangan dalam bajet perbandaran.

Pada masa sama, Arriaga memaklumkan kerja-kerja naik taraf itu hanya membabitkan jalan raya sepanjang satu kilometer selain berjanji untuk mencari peruntukkan tambahan bagi memenuhi permintaan penduduk.

Penduduk yang tidak berpuas hati dengan jawapan ahli politik itu bertindak mengikatnya pada sebatang tiang besi di dataran utama di Siltepec.

Mereka memberitahu wartawan bahawa tindakan itu dibuat selepas berasa tertipu dengan manifesto Arriaga yang gagal ditunaikan termasuk memperbaiki sistem pengangkutan awam serta beberapa projek berkepentingan awam.

Arriaga juga turut dituduh menggunakan dana awam untuk menghiasi pejabatnya.

Selain diikat pada tiang kepala Arriaga turut dibotakkan.

Baru-baru ini, seorang Datuk Bandar di wilayah Huixtan turut ‘dikerjakan’ oleh penduduk yang berang kerana kerana gagal memperuntukkan 3 juta peso (RM645,954) bagi kos penambahbaikan sistem pengairan.

Video Javier Jimenez yang memakai skirt labuh berwarna hitam dan blaus putih bercorak bunga menjadi tular selepas dimuat naik ke media sosial. – AGENSI, 9 Ogos 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.