TULAR satu video rakaman yang mendakwa dirinya ‘abang kuey teow kerang’ yang berang dengan kenaikan harga barang.

Video itu dimuatnaik oleh satu laman Facebook bernama ‘1peluru’.

‘Abang kuey teow kerang’ mendakwa harga barang terlalu mahal dan naik tujuh kali ganda berbanding tiga tahun lepas.

“Kerang dulu RM26 satu beg, sekarang ini RM90 satu beg kau nak aku jual kuey teow berapa ringgit?” soalnya.

Lelaki yang tidak memberitahu nama sebenar itu turut menegaskan jika hal ini berlarutan, tidak mustahil kerajaan hari ini hanya dapat bertahan satu penggal sahaja.

‘Abang kuey teow kerang’ turut mendakwa harga barangan basah lain seperti udang mencecah RM40 sekilo, hingga menyukarkan peniaga kecil sepertinya untuk mendapatkan keuntungan.

“Sudah lah peruntukan (untuk peniaga belia) pun tidak ada, BR1M pun tidak ada..” keluhnya.

Beliau turut menyelar Menteri Kewangan Malaysia, Lim Guan Eng ‘menketedarah’ wang rakyat yang rata-ratanya bergelut dengan kemerosotan pendapatan.

Dengan tegas, beliau menggelarkan Lim Guan Eng sebagai ‘menteri kafir’ kerana terlalu berang dengan situasi ekonomi negara yang kian merudum.

“Aku ni jenis orang yang tak pernah marah orang sampai macam ni, tapi kalau macam ni punya keadaan, ‘gentle’ aku cakap kerajaan hari ini tak akan lama…” – NTHQiBORD, 8 Ogos 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.