DATUK Seri Ahmad Maslan dipilih sebagai pemenang Anugerah Pilihan Dimensi yang julung kali diadakan oleh Nothing To Hide (NTH) Media.

Anugerah ini merupakan penghormatan tertinggi kepada para panel yang tampil bersama NTH Media sejak program temu bual Dimensi (dijenamakan semula) diterbitkan pada Ogos 2018.

Pemilihan pemenang ini dibuat bagi tempoh tiga bulan sekali dan Ahmad Maslan dipilih sebagai panel terbaik dalam kalangan 75 panel yang pernah hadir ke NTH Media bagi tempoh bulan Ogos hingga Oktober.

Cenderahati penghargaan disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif NTH Media, Khalijah Mohamed.

Sebagai panel ke-50, Ahmad Maslan berjaya mengubah persepsi rakyat terhadap dirinya sendiri sebagai menteri yang gagal kepada pembangkang yang disegani serta dihormati terutamanya apabila beliau beraksi di sidang Dewan Rakyat.

Dulu ‘bahan lawak’, kini ‘bahan rujukan’

Sebelum Pilihan Raya Umum-14 (PRU14), Ahli Parlimen Pontian itu sering menjadi ‘bahan lawak’ pembangkang kerana teorinya mengenai Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) mampu menurunkan harga barang.

Ini disebabkan beberapa aksi bersahaja ketika bertemu media serta kenyataannya “Saya tak bodoh, CGPA saya 3.85” yang diulang-ulang oleh pembangkang sepanjang kempen PRU14.

Namun segala persepsi itu berubah apabila Ahmad Maslan muncul bersama NTH Media pada 3 Oktober 2018.

Dengan topik, “GST, SST dan Bajet 2019” (masukkan link), Ahmad Maslan berjaya memukau penonton dengan fakta yang jelas mengenai kebenaran bahawa cukai GST sebenarnya lebih baik daripada cukai SST yang dilaksanakan semula oleh PH.

Hal ini terbukti apabila rakyat secara umumnya mengakui cukai GST lebih baik daripada SST kerana tiada penurunan harga barang yang ketara selepas pelaksanaan semula cukai lapok itu.

Malah rakyat lebih merasai kenaikan harga barang apabila SST dilaksanakan semula.

Kejayaan terbesar Ahmad Maslan adalah membuktikan bahawa pelaksanaan dasar-dasar kerajaan Barisan Nasional (BN) adalah lebih baik berbanding PH.

Ini terbukti dengan penjenamaan semula banyak dasar BN seperti BR1M, KR1M, PPA1M, Klinik 1Malaysia dan banyak lagi.

Pembangkang disegani

Karakter yang ditampilkan Ahmad Maslan juga berbeza ketika beliau menjadi Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri serta Timbalan Menteri Kewangan.

Pengalamannya yang luas dalam dua kementerian itu melonjakkan namanya sebagai antara pembangkang yang dihormati lawan dan membuktikan pengetahuannya dalam bidang ekonomi lebih baik daripada kalangan menteri PH.

Bahkan hujah-hujahnya dalam program bual bicara bersama NTH Media membuktikan beliau lebih baik dari Menteri Kewangan DAP, Lim Guan Eng.

Ulasannya mengenai hutang kerajaan BN juga cukup jelas dan mendedahkan pembohongan PH sebelum PRU14 bahawa kononnya Malaysia akan bankrap.

Isu rakyat

Salah satu faktor penting pemilihan Ahmad Maslan sebagai Pilihan Dimensi adalah topik yang dibincangkan beliau.

Isu GST dan Bajet 2019 amat dekat dengan hati rakyat dan Ahmad Maslan mengulas itu tersebut dengan jelas dan baik untuk pemahaman umum.

Antaranya, termasuk menyedarkan rakyat tentang kepentingan cukai GST dalam membangunkan ekonomi dan kemajuan negara. – NTHQiBord, 9 Ogos 2019.

1 COMMENT

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.