BUAT kesekian kalinya, Kerajaan DAP-PH membuat pusingan U atau mengubah pendirian selepas sesuatu dasar diputuskan.

Yang terbaharu ialah membabitkan isu seni khat dalam mata pelajaran Bahasa Melayu tahun empat.

“Kerajaan apabila buat keputusan dia tidak boleh dilihat terlaku banyak pusingan ‘U’, bila buat keputusan kemudian pusing balik menyebabkan kredibiliti kerajaan hilang, ini bukan kali pertama.”

“Sesuatu keputusan Kabinet dibincang, dihayati dan diputus kemudian menjadi polisi. Sepatutnya kerajaan bertegas dengan polisi tersebut, bila sekejap nak dikecualikan, sekejap nak bebas akhirnya kita tengok wibawa sebagai kerajaan tu dipertikai banyak pihak,” katanya Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, lapor Utusan Malaysia.

Menurut Tuan Ibrahim, pihak lain tidak perlu takut dengan tulisan Jawi, malah beliau kagum dengan beberapa tokoh DAP seperti Tan Seng Giaw yang boleh membaca dan menulis Jawi dengan baik.

“Kemahiran itu tidak mengubah identiti dan agamanya, sepatutnya bahasa dan tulisan-tulisan ini dipelajari , kerana ia adalah warisan hidup,” katanya.

Dalam pada itu, Tuan Ibrahim menggalakkan pusat tuisyen untuk menganjurkan kelas khat dan tulisan Jawi.

“Orang Arab sendiri kagum dengan tulisan kita, seni khat ini antara diiktiraf dunia sama seperti kaligrafi Cina. Malah orang Cina pun tidak semua pandai seni tulisan mereka sendiri,” katanya.

Sebelum ini, Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad telah menetapkan bahawa pengenalan seni khat diteruskan seperti yang rancang.

Malah, Tun Dr. Maharhir Mohamad menyatakan bahawa seni khat adalah satu seni sama seperti seni kaligrafi dunia yang lain.

Namun, dalam keputusan Kabinet semalam diubah supaya pengenalan tulisan khat dilaksanakan secara pilihan di sekolah vernakular dengan guru diberi kuasa untuk membuat keputusan mengenai kaedah pelaksanaannya di bilik darjah.

Keputusan kabinet semalam dibuat tanpa kehadiran Tun Mahathir yang ketika ini berada di Jepun kerana mengadakan lawatan rasmi.

Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail. – 9 Ogos 2019

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.