REPUTASI Lim Kit Siang berada di tahap ‘tali gantung’ kerana bukan sahaja ditolak orang Melayu, tetapi kini kian dibenci oleh kaum Cina.

Hal ini dibuktikan melalui beberapa paparan video ceramah Kit Siang yang berlangsung di parlimennya sendiri, Iskandar Puteri, Johor.

Video itu dikongsikan oleh pengguna Facebook bernama Tan Khai Beng dengan kapsyen ‘Lim Kit Siang kena Booed 9696 in his own constituency. Iskandar Puteri. Maluuuu 9696. Tables near the stage also empty. People walked off when he started to speak.’

Para hadirin juga tidak mempedulikan ucapan Kit Siang dan beberapa individu hanya tertawa sesama mereka ketika Kit Siang menyampaikan ucaptama.

Meja utama juga kelihatan lenggang dan suram kerana para hadirin mula meninggalkan program.

Selepas beliau menghabiskan ucapannya, seorang lelaki pertengahan umur berbangsa Cina menyerang Kit Siang, namun dihalang pegawainya.

Malah, Kit Siang tidak melayani individu yang cuba menghampirinya itu menyebabkan beliau di’booo’ dengan kuat dalam programnya sendiri.

Beberapa hadirin juga berterusan ketawa ketika Kit Siang di ‘booo’, menggambarkan Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu dianggap lekeh dan memalukan.

Kemarahan kaum Cina memuncak apabila DAP gagal memperkasa ekonomi orang Cina, tidak setara dengan janji dan manifesto yang diwar-warkan sebelum Pilihanraya Umum ke 14 dahulu.

Hal ini rentetan beberapa isu berkaitan ekonomi rakyat dan fiskal yang semakin merudum, di bawah pentadbiran menteri DAP itu sendiri.

Bangsa Cina juga sudah jelik dan berputus asa dengan DAP yang dilihat cuba memperkotak-katikkan orang Cina semata-mata untuk kepentingan peribadi. – NTHQiBORD, 11 Ogos 2019.

1 COMMENT

  1. Jangan salah anggap, dia di boo penyokong kaum cina kerana gagal menghalang penggunaan tulisan oleh kementerian pendidikan,

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.