JANGAN lagi buat kenyataan menghina mahkamah!

Tommy Thomas harus meminta maaf dan membuat akujanji bahawasanya beliau tidak lagi akan membuat kenyataan yang boleh dianggap menghina mahkamah.

Ini yang disuarakan keluarga anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim di hadapan Koroner Rofiah Mohamad.

“Kami cuba minta supaya Tommy memohon maaf sebagai Peguam Negara.

“Beliau juga perlu memohon maaf pada mahkamah dan keluarga Muhammad Adib dan beri aku janji perkara seperti itu tak akan berulang lagi,” katanya.

Bapa Muhammad Adib, Mohd Kassim Abdul Hamid, 64, yang memfailkan permohonan ex-parte (sebelah pihak) yang dalam permohonan itu mendakwa Tommy membuat penghinaan terhadap mahkamah menerusi afidavit yang difailkan oleh Jabatan Peguam Negara pada 3 April lalu.

Dalam prosiding sama, Rofiah turut membenarkan Peguam Kanan Persekutuan hadir dan berhujah dalam pendengaran permohonan perintah komital kepada Tommy.

“Namun, Peguam Kanan Persekutuan hanya boleh berhujah dari segi undang-undang membabitkan permohonan yang akan didengar secara ‘opposed ex-parte’,” katanya.

Pada masa sama, Rofiah berkata, mahkamah juga tidak akan menerima dua afidavit oleh Peguam Negara dan pegawai pengendali terdahulu, Hamdan Hamzah, yang difailkan sebelum ini.

“Peguam Kanan Persekutuan boleh membantu mahkamah berhujah berkenaan isu dan undang-undang dan menunjukkan kepada mahkamah kenapa kebenaran tidak harus dibenarkan berdasarkan kepada kertas kuasa,” katanya.

Rofiah kemudian menetapkan 21 Julai ini sebagai tarikh pendengaran permohonan perintah komital itu. – NTHQiBORD, 10 Ogos 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.