PELAKON drama air mata, iaitu Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh tidak mewakili penduduk dalam isu membabitkan kilang memproses nadir bumi.

Ini yang dikatakan oleh Shaharuddin Samsudin, wakil penduduk Balok, Kuantan semalam.

“Wakil penduduk kawasan ini ialah ketua kampung, wakil rakyat termasuk Anggota Parlimen Indera Mahkota, Saifuddin Abdullah dan Adun Beserah, Andasura Rabu.

“Mereka (termasuk Fuziah) tidak mewakili penduduk sekitar ini,” tegasnya.

Shaharuddin juga menyatakan pemimpin anti-Lynas yang lain selain Fuziah, Tan Boon Teet dan Ahli Parlimen Bentong, Wong Tack juga tidak mewakili mereka berhubung isu Lynas Corporation Ltd.

“Bahkan penduduk di sini tidak mempunyai masalah dengan kilang Lynas yang disahkan selamat,”

“Malah, ramai penduduk kerja di kilang berkenaan,”

“Cukuplah-cukuplah mempolitikkan isu kilang Lynas yang disahkan selamat oleh dua kumpulan pakar yang dilantik sewaktu zaman BN,” katanya seperti dipetik Malaysiakini.

Penduduk sekitar Balok, Kuantan juga semalam membuat laporan polis terhadap aktivis anti-Lynas, Tan Boon Teet dan Wong Tack yang mendakwa mereka mewakili penduduk Kuantan.

Laporan polis terhadap Tan dan Wong dibuat di balai polis Beserah kira-kira jam 4 petang semalam oleh Ketua Kampung Balok, Mansor Mokhtar.

Menamatkan operasi kilang nadir bumi yang dibawa masuk ketika era kerajaan Barisan Nasional menjadi salah satu perjuangan pemimpin Pakatan Harapan (PH) sebelum ini.

Bagaimanapun, selepas PH mengambil alih Putrajaya kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad membenar kilang Lynas meneruskan operasinya.

Keputusan Perdana Menteri secara terasnya telah menafikan ‘perjuangan air mata’ Fuziah, yang sebelum ini bermati-matian menyatakan kilang Lynas sangat berbahaya dan perlu ditamatkan operasi dengan segera. – NTHQiBORD, 10 Ogos 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.