LIM Kit Siang akhirnya akui kelemahan.

Hari ini beliau membuat kejutan apabila membuat ramalan parti itu akan kehilangan kerusi di Iskandar Puteri dan sekurang-kurangnya 30 hingga 40 peratus di seluruh negara.

Malah, Ahli Parlimen Iskandar Putri itu berkata, penyokong tegar DAP yang selama ini memberi sokongan tidak berbelah bahagi dengan parti itu, mungkin tidak mengundi jika pilihan raya diadakan pada masa ini.

“Saya menerima sekeping gambar saya dengan kapsyen kononnya dari pengundi kawasan saya yang meminta saya ‘mati’ sebagai hero atau hidup lama untuk hanya melihat diri saya sebagai ‘penjahat’, tulisnya di laman blog.

Dengan tindakan itu memberi isyarat kepada Kit Siang bahawa kaum Cina telah pun mula membenci beliau.

Bermula dari penipuan manifesto, kerajaan Pakatan Harapan juga gagal memandu ekonomi ke arah landasan yang baik hingga menjejaskan beberapa perniaga orang Cina di Malaysia.

Kit Siang juga telah membangkitkan amarah pengundi nya apabila bermuka-muka dalam isu tulisan jawi.

Beliau telah menipu masyarakat Cina kononnya mahir jawi, sedangkan pemimpin DAP itu dikenali sebagai ‘totok Cina’ yang masih terkial-kial dalam Bahasa Melayu.

Pengundi DAP juga merasa seakan ditipu kerana para pemimpin DAP sudah berubah watak menjadi semakin angkuh dan sombong berbanding sebelum pilihanraya.

Jika pilihanraya berlangsung sekarang, undi Cina pastinya akan kembali kepada MCA dan Barisan Nasional kerana lebih konsisten, berpengalaman dan jelas matlamatnya. – 11 Ogos 2019

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.