Dua gempa bumi berukuran melebihi 5 pada skala Richter menggegarkan Pulau Sumatera, Indonesia pada pagi Aidiladha.

Gempa berukuran 5.3 pada skala Richter berlaku jam 9.11 pagi waktu Indonesia barat, berpusat di KM222 Tenggara Enggano-Bengkulu.

Ia susulan gempa berukuran 5.3 pada skala Richter yang berlaku 4.11 pagi tadi, berpusat di KM93 barat daya Pariaman-Sumatera Barat.

Menurut Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika Indonesia (BMKG), kedua-dua gempa itu tidak berpotensi tsunami.

Gempa itu turut menggegarkan kawasan Padang, Bukit Tinggi, Mentawai dan Pesisir Selatan.

Setakat ini tiada laporan kerosakan harta benda dan kemalangan jiwa.

Beberapa hari lepas Langkawi, Kedah dilanda ribut hingga berlaku kerosakan harta benda.

Kejadian pokok tumbang, lalu lintas tersekat dan bumbung rumah tercabut dilaporkan di beberapa lokasi sekitar pulau ini susulan angin kencang dan hujan lebat di Langkawi. – 11 Ogos 2019

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.