Tuesday, June 22, 2021
Home Berita Kes Exco DAP rogol amah tertangguh lagi

Kes Exco DAP rogol amah tertangguh lagi

0

TIDAK tahu bila akan selesai.

Kes rogol membabitkan Exco Negeri Perak, Paul Paul Yong Choo Kiong, yang dituduh merogol pembantu rumahnya seakan tidak menemui noktah.

Hal ini kerana kertas siasatan kes rogol tersebut dipulangkan kembali kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Ketua Polis Perak, Datuk Razarudin Husain berkata, pihaknya perlu melengkapkan beberapa perkara lagi sebelum kertas siasatan berkenaan dihantar semula kepada Pengarah Pendakwaan Negeri.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh dari DAP didakwa merogol wanita berusia 23 tahun itu di Meru, sehari sebelum laporan dibuat dan siasatan kes dijalankan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Sebelum ini, kertas siasatan didakwa telah lengkap dan telah dirujuk kepada Pengarah Pendakwaan Negeri.

Namun dikembalikan semula kepada pihak polis kerana dilihatkan tidak lengkap dari segi laporan pakar perubatan dan Jabatan Kimia.

Sebelum ini kes rogol pemimpin DAP membangkitkan rasa amarah rakyat Malaysia kerana mengambil masa terlalu lama untuk diselesaikan. – 11 Ogos 2019

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.