SATU himpunan aman akan diadakan bagi membantah pengajaran tulisan khat jawi di sekolah rendah jenis kebangsaan.

Himpunan itu dinamakan himpunan Puratchi yang bermaksud revolusi dalam bahasa Tamil.

Penganjur program, BT Gana berkata permit polis sudah diperoleh untuk himpunan tersebut dimana ia akan diadakan pada Jumaat 23 Ogos 2019 ini.

Ianya akan diadakan berdekatan dengan monumen pancutan air di Brickfield, Kuala Lumpur antara jam 7 hingga 10 malam.

Media tempatan juga melaporkan sebanyak 33 persatuan india telah memberikan sokongan kepada perhimpunan tersebut.

Katanya lagi, tujuan himpunan tersebut diadakan adalah untuk menunjukkan bilangan mereka yang membantah pembelajaran khat dalam tulisan jawi di sekolah.

Walaupun Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik mengumumkan pengajaran khat jawi di sekolah vernakular bukan lagi kewajipan, NGO masyarakat India terus mendesak agar ianya perlu dihapuskan secara total di sekolah.

Selain bilangan muka surat dikurangkan dari 6 helai kepada 3 helai mukasurat pada buku teks BM, penulisan khat juga tidak akan dinilai dalam peperiksaan atau ujian. – 11 Ogos 2019

1 COMMENT

  1. Lepas ni himpunan Melayu pula kita adakan supaya dihapuskan semua sekolsh vankular dimalaysia, krn sekolah tersebut tidak membantu untuk penyatuan rakyat, lagi pun sekolah vankular tdk perlu lg, wajib guna satu aliran saja seperti negara2 lain… Singapura senfiri tiada sekolah cina dn Tamil… Ayuh Melayu.. Tunjuk kuasa kita, ini tanah Melayu…

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.