SHAH Alam, bandar yang dikatakan maju dan membangun.

Namun tidak semuanya sempurna apabila NTHQibord mendapati laluan sunyi serta kurang pencahayaan, banyak terdapat di Shah Alam.

Menurut Rashefa Abdul Rashid, 40, beliau bimbang dengan persekitaran gelap dan kelam di Setia Alam.

Beliau berkata biarpun ada pengawal menjaga dan mengawasi pelajar di sekolah anaknya, murid yang berjalan kaki terpaksa melalui kawasan taman rekreasi yang sunyi.

“Pada masa ini, kita tak boleh cakap tempat itu selamat 100 peratus kerana setiap ceruk di kawasan ini, ada projek pembinaan dan kita tidak boleh percaya sesiapa,” katanya menyarankan pihak berkuasa mempertingkatkan pengawasan keselamatan di situ.

Manakala di Klang, masalah yang sama juga turut berlaku.

Menurut Zairoy Zi Zainal, 35, beliau bimbang dengan keselamatan pelajar dan orang awam kerana ada laluan agak gelap untuk ke sekolah di Klang.

Beliau mendakwa, lorong gelap yang berbahaya terdapat di selekoh berdekatan pondok pencawang Tenaga Nasional Berhad (TNB), yang tiada lampu jalan sehingga kini.

Image result for shah alam gelap

“Sekolah ini (di Klang) ada dua pintu masuk, A dan C. Saya selalu guna pintu C berhampiran jalan yang berhubung dengan jalan utama ke Bukit Raja, Klang. Jarak antara pintu pagar A dan C kira-kira 500 meter.

“Memang ada beberapa tempat gelap di laluan itu, terutama satu selekoh berdekatan pondok pencawang TNB. Di situ memang tiada lampu, mungkin agak bahaya sikit,” katanya.

Pelajar sekolah ramai telah terkorban

Audrey Melissa Bathinathan, Nurul Hanis Kamil dan Haserawati Saridi mungkin sekadar nama yang tidak bermakna apa-apa kepada sesetengah daripada kita.

Namun, bagi yang masih ingat, mereka adalah mangsa jenayah kejam, diserang termasuk secara seksual sebelum dibunuh sama ada ketika dalam perjalanan pergi atau pulang dari sekolah.

Audrey Melissa, murid Tingkatan Lima Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Perempuan Methodist di Jalan Cenderasari, ditemui mati pada jam 7 pagi, 18 Mac 1999 selepas dirogol dan dijerut lehernya.

Nurul Hanis, murid Tingkatan Empat dari Taman Koperasi Risda, Kampung Tersusun pula dijumpai mati dalam belukar berhampiran rumahnya pada jam 7 malam, 3 Julai 2001.

Dalam kes Haserawati, murid Tahun Empat Sekolah Kebangsaan (SK) Tebobon, dirogol sebelum ditikam, dipercayai antara jam 7 hingga 8 pagi pada 8 Januari 2004 ketika berjalan kaki ke sekolah dari rumahnya.

Biarpun kes-kes ini tidak hanya berlaku di negeri Selangor, namun negeri Selangor mencatat permasalahan yang besar kerana mempunyai banyak keberangkalian jenayah, serta bilangan penduduk yang ramai.

Mereka menjadi sasaran kerana wujud peluang untuk penjenayah, sama ada berada di lokasi terlindung atau tersembunyi daripada pandangan awam atau kerana persekitaran pagi atau menjelang malam ketika itu gelap atau akibat pencahayaan suram.

Tolonglah, buat kerja dan berhenti politik

Situasi yang berlaku di Selangor lebih banyak disajikan dengan kisah politik yang tidak berkesudahan.

Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari sepatutnya menumpukan kepada agenda pembangunan Selangor yang lebih aktif dan efisien dengan menambah lebih banyak lampu-lampu jalan. – 11 Ogos 2019

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.