SEORANG lelaki Melayu, 29, meninggal dunia, dipercayai akibat bergelut dengan seorang lelaki yang dipercayai berbangsa Cina, yang berusia 40 an.

Ia adalah ekoran perselisihan faham di antara mereka selepas terlibat dengan kemalangan semalam.

Video rakaman pendek yang berdurasi kurang 20 saat juga tular, memaparkan suspek memakai baju t-shirt belang, memegang mangsa yang dilihatkan tidak berdaya di bahu jalan.

Dalam video yang tular tersebut terdapat beberapa orang saksi yang berang dengan kelakuan suspek berkenaan.

Exco Pemuda Umno Malaysia melalui laman Facebook nya, Sir Azri turut memuat naik video berkenaan dan mendakwa mangsa mungkin digilis berkali-kali hingga menyebabkan kematian.

Kejadian berlaku kira kira jam 3.40 petang semalam.

Siasatan polis mendapati punca kematian mangsa berpunca daripada insiden salah faham semasa kemalangan di Kilometer 239 Lebuhraya Kuala Lumpur – Seremban (PLUS) berhampiran susur Bandar Baru Bangi.

Akibat pergelutan, mangsa dikejarkan ke hospital dan disahkan meninggal dunia.

Bertindak atas maklumat, suspek dan isterinya yang berusia awal 30-an ditahan bagi membantu siasatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Pencetus isu perkauman?

Video kemalangan yang tular mencetuskan rasa tidak senang warganet yang melihat kematian seorang lelaki Melayu sebagai satu isu perkauman.

Seorang pengguna Facebook, Zakaria Ahmad menyatakan kes ini boleh menjurus kepada isu perkauman sekiranya tiada tindakan sewajarnya mengikut nas undang-undang.

“Isu Adib belum selesai dan orang Melayu tidak puas hati dengan Tommy Thomas,” dakwanya.

Saksi kejadian diperlukan

Bagaimana pun, orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut berhubung kejadian boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Asisten Superintendan Siti Aisyah Saad di talian 016-406 4202 atau ke balai polis berdekatan bagi membantu siasatan. – 11 Ogos 2019

 

1 COMMENT

  1. If there is a repeat 13th May incidence, likely this time the Malays are more likely will be ready to deal with the aftermath effectively..

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.