TAHNIAH Tunku Mahkota Johor (TMJ)!

Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Idris Sultan Ibrahim hari ini dilantik sebagai Pemangku Raja Johor.

Menurut Facebook rasmi HRH Crown Prince of Johor, Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bersetuju melantik Tunku Ismail bagi jawatan berkenaan.

Majlis pelantikan berkenaan berlangsung di Istana Pasir Pelangi.

“Pemangku Raja diberikan kepercayaan oleh Sultan Johor untuk menjalankan tugas dan mentadbir negeri Johor serta mempunyai semua kuasa yang diperuntukkan kepada raja dan boleh digunakan pada bila-bila masa,” menurut kiriman Facebook tersebut.

Tunku Ismail merupakan anak sulung Sultan Ibrahim dan Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofia.

Pemangku Raja adalah seseorang yang memegang kuasa raja sebagai wakilnya sama ada ketika ketiadaan raja, ketika raja sedang sakit atau raja belum dewasa.

Pemangku raja mempunyai semua kuasa yang diperuntukkan kepada raja dan boleh digunakan bila-bila masa. – 11 Ogos 2019

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.