RAKYAT di negara ini perlu melihat sampah sebagai wang ringgit, itu yang dikatakan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin.

Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mengambil peluang yang boleh memberi keuntungan secara tunai dengan hanya mengumpul sampah.

“Kita mempunyai program dan sistem yang memberikan wang atau barangan keperluan untuk setiap sampah yang diserahkan orang ramai.

“Kita mahu rakyat Malaysia membudayakan pengasingan sampah dan mereka harus tahu sampah itu duit,” katanya.

Image result for kutip sampah pelupusan sampah

Terdahulu, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan menjalan program ‘redemption’ atau penebusan, dimana setiap bahan sisa buangan di rumah ditukar menjadi janaan wang.

Namun, hasil semakan NTHQibord, program ini masih belum disempurnakan dengan saksama dan efektif kerana hanya melibatkan beberapa kawasan terpilih.

Rata-rata rakyat Malaysia masih keliru dan tidak mengetahui tentang program dijalankan kerana tiada pendedahan am dari kementerian itu sendiri.

Jika wujud, hanyalah tong sampah pengasingan yang disediakan di beberapa kawasan perumahan elit, yang diuruskan oleh majlis daerah atau perbandaran masing-masing. -NTHQiBORD, 11 Ogos 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.